Showing posts with label Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010. Show all posts
Showing posts with label Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010. Show all posts

PMS! Transformasi Politeknik Muadzam Shah

on Tuesday, 27 September 2011

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiQW4SsfEK8hO_Ck__-g5hI57jGOkv6EYfjZpzxd53K-wm5u6PTBXLfUZX1rxMUmgFKncVkceSobNX8d14tXOnIwiBjtafY-1CYFH-DpHWkY8tAKI2nupj4EtZl_8_m0lfREKtdcsjrjoDI/s1600/DSCF0502.JPG

Sejajar dengan transformasi kearah ekonomi yang dipacu inovasi, Politeknik Muadzam Shah memainkan peranan yang penting melahirkan modal insan berkualiti dalam bidang Kejuruteraan, Reakbentuk, Teknologi Maklumat, Perdagangan dan Hospitaliti bagi memenuhi keperluan industri di negara ini yang semakin berkembang pesat.

Sehubungan dengan itu, Politeknik Muadzam Shah menggalas satu tanggungjawab yang berat dengan menawarkan program-program yang boleh dianggap sebagai ‘Market Value’ dengan memberi penekanan kepada aspek pemikiran kreatif serta kemahiran penyelidikan kepada pelajar-pelajarnya.

Diantara program-program yang disediakan di Politeknik Muadzam Shah adalah seperti berikut:

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
  1.       Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Pembuatan Automotif)
  2.       Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Produk)
  3.       Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automasi)

Jabatan Perdagangan
  1.       Diploma Pengajian Perniagaan
  2.       Diploma Akauntansi
Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  1.       Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)
  2.       Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian)

Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual
  1.       Diploma Rekabentuk Grafik

Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti
  1.       Diploma Pengurusan Pelancongan 
Program-program yang disediakan di Politeknik Muadzam Shah menjurus kepada menyediakan tenaga manusia dalam sektor-sektor yang ditetapkan dalam 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) bagi meningkatkan lagi daya saing negara di peringkat antarabangsa. Dalam pada itu, pihak pengurusan Politeknik Muadzam Shah juga sentiasa melibatkan pelajar di dalam aktiviti-aktiviti pelajar dan melaksanakan latihan industri di syarikat atau firma supaya mereka juga mendapat pengalaman di industri.

Jesteru itu, Malaysia yang kini menuju kearah negara maju dan berpendapatan tinggi memerlukan tenaga kerja mahir dan Politeknik Muadzam Shah adalah tempat untuk menimba kemahiran yang telah dinyatakan. Pihak Kerajaan juga telah meletakkan harapan yang begitu tinggi terhadap Politeknik untuk berdaya saing sehingga kita memperolehi status sebagai Politeknik Universiti.

Satu lagi ‘quick wins’ yang menjadi asas kepada transformasi bagi fasa pertama ialah pengwujudan bidang tujahan. Bagi Politeknik Muadzam Shah, bidang tujahan yang dikenalpasti ialah bidang Kejuruteraan Mekanikal (Automasi) yang mana program ini hanya ditawarkan di Politeknik Muadzam Shah sahaja.

Akhir kata marilah kita bersama-sama bertindak untuk menjadikan bidang tersebut sebagai pusat rujukan kecemerlangan ‘teaching & learning’, peneraju dalam kolaborasi dengan industry, penyelidikan dan penerbitan seterusnya menjadi “Center of Technology” yang mana kita menjadi pakar rujuk dalam bidang tujahan ini.

SUMBER: Blog Unit HEP

PMS! Perhimpunan Bulanan Ogos - JPA (Gambar)

on Thursday, 8 September 2011

http://uidmportal.com/images/stories/Perhimpunan%20Bulanan%2019%20Ogos%202011/010%20.jpg

http://uidmportal.com/images/stories/Perhimpunan%20Bulanan%2019%20Ogos%202011/000%20.jpg

http://uidmportal.com/images/stories/Perhimpunan%20Bulanan%2019%20Ogos%202011/028%20.jpg

http://uidmportal.com/images/stories/Perhimpunan%20Bulanan%2019%20Ogos%202011/036%20.jpg 

http://uidmportal.com/images/stories/Perhimpunan%20Bulanan%2019%20Ogos%202011/019%20.jpg

http://uidmportal.com/images/stories/Perhimpunan%20Bulanan%2019%20Ogos%202011/015%20.jpg 

http://uidmportal.com/images/stories/Perhimpunan%20Bulanan%2019%20Ogos%202011/009%20.jpg

http://uidmportal.com/images/stories/Perhimpunan%20Bulanan%2019%20Ogos%202011/016%20.jpg 

http://uidmportal.com/images/stories/Perhimpunan%20Bulanan%2019%20Ogos%202011/038%20.jpg

http://uidmportal.com/images/stories/Perhimpunan%20Bulanan%2019%20Ogos%202011/003%20.jpg

http://uidmportal.com/images/stories/Perhimpunan%20Bulanan%2019%20Ogos%202011/035%20.jpg 

http://uidmportal.com/images/stories/Perhimpunan%20Bulanan%2019%20Ogos%202011/030%20.jpg

Perhimpunan Bulanan PMS bulan Ogos 2011 kali ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Am dan Unit Sukan & Kokurikulum pada 19 Ogos 2011 bertempat di Dewan Kuliah Utama PMS. Perhimpunan kali ini disambut meriah dengan semangat kemerdekaan dari semua warga PMS. Tahniah diucapkan kepada Jabatan Pengajian AM dan Unit Belia & Sukan diatas penganjurannya kali ini.

PMS! Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010

on Friday, 17 June 2011

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/255703_226384244058355_100000603432184_905331_7324457_n.jpg

Pada 14 Jun 2011, bertempat di Dewan D2, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) telah diadakan majlis bagi meraikan pekerja-pekerja cemerlang peringkat kementerian. Seramai 15 orang staf Politeknik Muadzam Shah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2010. Tahniah diucapkan kepada penerima anugerah.

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/249727_226383804058399_100000603432184_905321_5595979_n.jpg
 
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 pada kali ini dirasmikan oleh YB. Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang diwujudkan bagi memberi pengiktirafan kepada penjawat awam yang telah memberi sumbangan besar kepada organisasi tidak kira di peringkat Politeknik mahupun Kementerian. 

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/246956_226383844058395_100000603432184_905322_7631753_n.jpg

Berikut merupakan senarai penerima Anugerah bagi Politeknik Muadzam Shah:
  1. Ida Hartini binti Mohamad
  2. Nurul Nurhuda binti Mohd. Nasir
  3. Masitah binti Masri
  4. Gabriel Jessindran a/l Plaindaren
  5. Hasrulamry bin Abas
  6. Rosliza binti Nawi
  7. Rafizah binti Ab Rahman
  8. Siti Hadijah binti Norsani
  9. Norita binti Ahmad
  10. Foo Kiam Kooi
  11. Mohd. Hazely bin Abdul Rahim
  12. Iza Hairani binti Md. Yusuf
  13. Roslin binti Hashim
  14. Ida Norsila Laily binti Edrus
  15. Wan Noor Faraha binti Wan Mohamed
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/253753_226383744058405_100000603432184_905320_1853715_n.jpg

Sekali lagi tahniah diucapkan. Semoga anugerah dan pengiktirafan ini akan memberi satu semangat dan motivasi baru kepada semua staf khususnya staf Politeknik Muadzam Shah. Semoga kita mampu mencapai Politeknik terbaik suatu hari nanti.

Hai sidang pembaca Blog Penjana Minda Strategik! Sokonglah Blog PMS ini kat bawah ni yer!!!

 
© Blog Penjana Minda Strategik All Rights Reserved