Program
ini memberi kemahiran di dalam bidang teknologi maklumat dengan
pengkhususan di dalam rangkaian komputer. Pelajar akan menjalani kuliah,
sesi amali, tugasan, projek serta turut dikehendaki membuat penilaian
secara atas talian untuk modul-modul tertentu selain dari menjalani
latihan industri.
Program
ini juga memperkenalkan pelajar kepada konsep dan teori rekabentuk,
pelaksanaan dan peyenggaraan rangkaian komputer. Oleh kerana program ini
menekankan kepada kaedah pembelajaran kendiri dan projek, maka lulusan
yang dihasilkan mampu dan lebih bersedia untuk menhadapi cabaran
industri rangkaian komputer.