Showing posts with label Hari Inovasi PMS 2011. Show all posts
Showing posts with label Hari Inovasi PMS 2011. Show all posts

PMS! Inovasi Pemacu Transformasi!

on Tuesday, 27 September 2011

http://benwamtl.files.wordpress.com/2009/10/lpmp1.jpg?w=263&h=225

Dalam dunia yang serba mencabar sekarang ini sudah tentunya amat sukar bagi kita yang hanya tahu dan pakar dalam satu bidang sahaja..sebagai contoh..pelajar mahu pun pensyarah dan tidak lupa juga kepada staff pelaksana sudah seharusnya sentiasa cuba untuk mempelajari sesuatu  (ilmu) yang baru agar tidak ketinggalan dalam sesuatu bidang..Pensyarah? Bila sebut mengenai pensyarah atau cikgu seharusnya sentiasa cuba untuk memperbaiki mutu pengajaran..menjadi pendidik bukan suatu perkara yang mudah..banyak perkara yang harus diambil kira..bukan sekadar mengajar tanpa mengambil kira para pelajar faham atau tidak apa yang diajar..menyediakan bahan pengajaran berbentuk interaktif merupakan satu benda yang sangat digalakkan dan diperlukan..kalau dulu, cikgu atau pensyarah menggunakan buku rujukan sebagai bahan wajib dan asas untuk dijadikan panduan untuk mengajar..kini, mereka (pensyarah/ pendidik) sudah seharusnya cuba untuk mempertingkatkan kaedah pengajaran dari buku rujukan kepada powerpoint dan kini menggunakan medium yang lebih berinteraktif sebagai salah satu usaha untuk mempelbagaikan teknik pengajaran..

Manusia (murid dan pelajar) kini sudah semakin bijak untuk menilai akan sesuatu perkara..cakap sahaja mengenai Website, Flash, Photoshop, networking dan macam-macam lagi..dah ada macam-macam kat kepala dan tak sabar-sabar nak realisasikan dalam bentuk assignment..Cuma kita agak kurang pakar dari segi itu..kalau berjaya kuasai akan kepakaran itu belum tentu pelajar mampu untuk kuasai ilmu itu..oleh itu..di sinilah pentingnya inovasi agar amalan-amalan sedia ada seperti nota berbentuk POWERPOINT diubah kepada pengajaran yang lebih berinteraktif yang lebih canggih dan mudah difahami..
 
http://www.bisnistimes.com/wp-content/uploads/2011/07/inovasi-bisnis.jpg

Staf pelaksana juga tidak terkecuali daripada perkara ini..banyak benda yang kita masih mampu lakukan walaupun kita tidak termasuk dalam golongan pendidik yang sentiasa berhadapan dengan para pelajar..kita masih mampu untuk menjadi salah seorang daripada AJK Laporan Tahunan, Buletin PMS, AJK Laman Web PMS (jika ada) dan sebagainya..semuanya bertujuan agar kakitangan pelaksana tidak ketinggalan dari segi kemahiran IT..jangan segan-segan nak belajar dari orang yang lebih arif mengenai bidang-bidang berkaitan..dengan kehidupan yang dikelilingi dengan suasana pendidikan sudah tentunya berhadapan dengan pelbagai jenis karenah pelajar..cuba anda fikirkan..seorang pelajar bertemu dengan anda dan bertanyakan satu soalan..adakah kita perlu menjawab TAK TAHU atau sila jumpa dengan pensyarah (agak kasar kan)..tak pasal-pasal student tu kata..”Ini makan dia…”..Berbeza dengan situasi kita yang berinovasi..sudah tentu boleh menjawab soalan itu dengan lebih tertib dan disenangi pelajar..

P/s: Belajarlah pelbagai ilmu dan cuba untuk kuasainya sedapat yang mungkin..InsyaAllah kita mampu mengubahnya..nak seribu daya, tak nak memang berjuta-juta dalih..sampai bila kita nak jadi manusia yang suka berdalih..

PMS! Transformasi Politeknik Muadzam Shah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiQW4SsfEK8hO_Ck__-g5hI57jGOkv6EYfjZpzxd53K-wm5u6PTBXLfUZX1rxMUmgFKncVkceSobNX8d14tXOnIwiBjtafY-1CYFH-DpHWkY8tAKI2nupj4EtZl_8_m0lfREKtdcsjrjoDI/s1600/DSCF0502.JPG

Sejajar dengan transformasi kearah ekonomi yang dipacu inovasi, Politeknik Muadzam Shah memainkan peranan yang penting melahirkan modal insan berkualiti dalam bidang Kejuruteraan, Reakbentuk, Teknologi Maklumat, Perdagangan dan Hospitaliti bagi memenuhi keperluan industri di negara ini yang semakin berkembang pesat.

Sehubungan dengan itu, Politeknik Muadzam Shah menggalas satu tanggungjawab yang berat dengan menawarkan program-program yang boleh dianggap sebagai ‘Market Value’ dengan memberi penekanan kepada aspek pemikiran kreatif serta kemahiran penyelidikan kepada pelajar-pelajarnya.

Diantara program-program yang disediakan di Politeknik Muadzam Shah adalah seperti berikut:

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
  1.       Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Pembuatan Automotif)
  2.       Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Produk)
  3.       Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automasi)

Jabatan Perdagangan
  1.       Diploma Pengajian Perniagaan
  2.       Diploma Akauntansi
Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  1.       Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)
  2.       Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian)

Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual
  1.       Diploma Rekabentuk Grafik

Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti
  1.       Diploma Pengurusan Pelancongan 
Program-program yang disediakan di Politeknik Muadzam Shah menjurus kepada menyediakan tenaga manusia dalam sektor-sektor yang ditetapkan dalam 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) bagi meningkatkan lagi daya saing negara di peringkat antarabangsa. Dalam pada itu, pihak pengurusan Politeknik Muadzam Shah juga sentiasa melibatkan pelajar di dalam aktiviti-aktiviti pelajar dan melaksanakan latihan industri di syarikat atau firma supaya mereka juga mendapat pengalaman di industri.

Jesteru itu, Malaysia yang kini menuju kearah negara maju dan berpendapatan tinggi memerlukan tenaga kerja mahir dan Politeknik Muadzam Shah adalah tempat untuk menimba kemahiran yang telah dinyatakan. Pihak Kerajaan juga telah meletakkan harapan yang begitu tinggi terhadap Politeknik untuk berdaya saing sehingga kita memperolehi status sebagai Politeknik Universiti.

Satu lagi ‘quick wins’ yang menjadi asas kepada transformasi bagi fasa pertama ialah pengwujudan bidang tujahan. Bagi Politeknik Muadzam Shah, bidang tujahan yang dikenalpasti ialah bidang Kejuruteraan Mekanikal (Automasi) yang mana program ini hanya ditawarkan di Politeknik Muadzam Shah sahaja.

Akhir kata marilah kita bersama-sama bertindak untuk menjadikan bidang tersebut sebagai pusat rujukan kecemerlangan ‘teaching & learning’, peneraju dalam kolaborasi dengan industry, penyelidikan dan penerbitan seterusnya menjadi “Center of Technology” yang mana kita menjadi pakar rujuk dalam bidang tujahan ini.

SUMBER: Blog Unit HEP

PMS! Senarai Nama Pembentangan Projek Inovasi Hari Inovasi PMS 2011

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhkvYCnSMoxtkpVa8aiXpIM6OF_-SQLPx0EWubkafady5OH9zLnpTFUSFmlFTz8asYU5vVHUMc9-FQUv5IgU5wDadqMaVwpqHRxq1ygPYtrXQCcLqgWIQ4CKn0ns9wqjIe1S6cRZyz3LN8/s1600/public-speaking.jpg 
  1. Hasrulamry bin Abas - Tajuk Projek: UIDM Portal
  2. Muhammad Rafie bin Hamzah  -  Tajuk Projek: Sistem Maklumat Latihan Industri (SMLI) 
  3. Dameliza binti Damain, Hanizah binti Jaafar dan Maisyarah binti Mohamad Nor - Tajuk Projek: Student’s Guide in Preparing Financial Plan
  4. Mohd. Firdauz bin Norhadi, Charanjeet kaur A/P Amtar Singh dan Nurul Wahida binti Abdullah - Tajuk Projek: Promoting Accounting Concept Mobile Learning
  5. Mohd. Faiz bin Ismail, Sarizan binti Muhammad Mursid dan Luqman Nul Hakim bin Juwara - Tajuk Projek: Pembelajaran Interaktif berterusan Menggunakan Jaringan Sosial. 
  6. Ismail bin Lias -  Tajuk Projek: How to Produce System
  7. Rafidah binti Ab Rahman, Asmarizan binti Mat Esa dan Hafizah binti Ismail - Tajuk Projek: Sistem Pendaftaran Graduan Berorientasikan Rangkaian
 
© Blog Penjana Minda Strategik All Rights Reserved