Showing posts with label Kelab Kebudayaan PMS. Show all posts
Showing posts with label Kelab Kebudayaan PMS. Show all posts

PMS! Majlis Perasmian Kelab Kesenian dan Kebudayaan PMS!

on Thursday, 29 September 2011




Baru terima Kad Jemputan dari Perutusan Kelab Kebudayaan Politeknik Muadzam Shah..terasa seperti VVIP pula diutus Kad Jemputan bagai..gigih diorang ni menjemput..walau apapun jutaan terima kasih diucapkan atas jemputan itu..terharu..sob, sob, sob (sambil lap hingus tapi tetap comel ok)..


Buat pengetahuan semua berikut merupakan tentative Majlis Perasmian Kelab Kesenian dan Kebudayaa Politeknik Muadzam Shah:
  • Pendaftaran Para Pelajar dan Ahli Kelab Kesenian dan Kebudayaan
  • Ketibaan para tetamu VIP (Mesti aku duk sini kan..ngeh, ngeh)
  • Doa Pembuka Majlis (Macam mana ni DOA tak masuk dalam tentative)
  • Persembahan Selingan (Macam tak sesuai kot..Ucapan dulu baru persembahan ok..)
  • Ucapan Penasihat Kelab
  • Ucapan Perasmian oleh Pn. Mazwina Hanim binti Abu Bakar
  • Penyampaian Watikah Pelantikan AJK
  • Cabutan Bertuah dan Persembahan
  • Pertunjukan Multimedia
  • Jamuan Ringan dan Majlis bersurai

PMS! Pentingnya Kelab Kebudayaan dan Kesenian di PMS

on Tuesday, 26 July 2011

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi9tR88WXQvSZsJ7q_mjt0rkh5KV8OxKFEFgrdKr6Ga0ShBvFV6NrusjGiovsiJjcX_HSNRDsRP_Ok0DWWIGed_I4TpKl1HfSmFS5_XibUA6tbsx0M8Nr_zWaEvf2Z894y-uggCX6IxQvlR/s400/BooDayaPurp4depan_berakar+copy.jpg

Atas kesedaran dan pengalaman..nampaknya Politeknik Muadzam Shah kini sudah seharusnya menubuhkan Kelab Kebudayaan dan Keseniannya sendiri..Admin ada dengar Kelab ini kini dikelolakan oleh Jabatan Perdagangan..namun begitu aktivitinya tak berapa nak jalan..macam tak aktif..so, kalau boleh pas ni aktiviti Kelab Kebudayaan dan Kesenian tu aktif sikit..bukan apa..sepanjang Admin berada di Melaka sempena program Majlis Tilawah Al-Quran, Pidato dan Nasyid..memberi sedikit kesedaran dan pengalaman tak terhingga kepada admin..kita sangat-sangat memerlukan Kelab ini sebenarnya..

Tujuannya, nanti bila ada pertandingan seumpama ini..kita sudah bersedia lebih awal..so, tak lah berlatih seminggu dah kena bertanding..padahal politeknik lain sudah berlatih seawal mungkin..dan satu lagi, perandingan diperingkat dalaman (politeknik) juga perlu dilakukan bagi mendapatkan peserta yang lebih mantap dan pemilihan dari pertandingan tersebut dapat dilaksanakan untuk memilih peserta yang benar-benar layak untuk ke peringkat yang lebih tinggi..siapa tahu dengan wujudnya kelab itu kita mampu membawa peserta dan nama PMS ke peringkat kebangsaan dan kenapa tidak ke peringkat antarabangsa..

Selain itu, jika sekiranya kita mempunyai peralatan gamelan dan melatih pelajar-pelajar kita..kita juga boleh manfaatkan mereka dalam majlis seperti Konvokesyen politeknik..dengan adanya pasukan nasyid, pasukan lagu-lagu rakyat, lakonan dan tarian (yang tidak keterlaluan) boleh dimanfaatkan..setidak-tidaknya dapat memberikan kepelbagaian dalam slot persembahan pada setiap majlis..tak lah asyik-asyik Yazid, Azri dan Fazleen Manjer je yang buat persembahan..lama-lama nanti ada yang muntah pula asyik-asyik muka diorang je buat persembahan..lagipun dengarnya PMS sudah mempunyai beberapa jenis alat muzik..takkan nak biarkan alat muzik tu bersawang, berhabuk..bila nak bertanding baru nak guna..benda kalau macam tu cepat rosak kalau tak guna..kalau guna rosak takpe..ada juga pek dahnya..sebab kita guna..ni rosak sebab tak guna..lagi rugi betul tak?


 
© Blog Penjana Minda Strategik All Rights Reserved