“Tampakkan sifat-sifatmu nescaya Dia akan membantumu dengan sifat-sifat-Nya. Tampakkan kehinaanmu nescaya Dia membantu dengan Kemuliaan-Nya. Tampakkan kelemahanmu nescaya Dia membantu dengan Kekuasaan-Nya. Tampakkan ketidakberdayaanmu nescaya Dia membantu dengan Daya dan Kekuatan-Nya.”
Ketika secara zahir Allah menjadikanmu taat melaksanakan perintah dan
secara batin menganugerahkan sikap pasrah kepada-Nya, beerti Dia telah
melimpahkan nikmat yang amat besar padamu. Sungguh rahsia-rahsia Allah
itu Maha Seni sehingga terkadang engkau tidak menghargainya lantaran
kaburnya mata hati.
Tunjukkan kemurahan kepada saudara-saudaramu. Biasakan dirimu memberi
dan mengasihi. Memberi secara langsung adalah mengeluarkan harta dan
menyerahkannya kepada mereka. Sementara, memberi secara tidak langsung
adalah menunjukkan perhatian. Jangan bakhil dan menahan apapun yang
mampu kau berikan kepada mereka. Kerana keramahan, kemurahan dan
kelapangan merupakan inti perjalanan. Siapa saja yang menjaga
sifat-sifat itu dalam hidupnya, nescaya seluruh rintangan yang
menghalangi dan mengotori mata hati akan sirna.
Berikan khabar gembira kepada malam bahawa fajar akan tiba; mulai
dari puncak pergunungan hingga ke lembah-lembah. Berikan khabar
gembira kepada orang-orang yang beriman bahawa jalan keluar akan
segera datang secepat cahaya dan sekejap mata.
Allah tidak pernah mensia-siakan kita, hanya kita yang mensia-siakan peluang dan masa yang Allah berikan pada kita. Istighfar.
Dia yang memiliki Allah, memiliki segala-galanya.