Showing posts with label Politeknik Muadzam Shah. Show all posts
Showing posts with label Politeknik Muadzam Shah. Show all posts

PMS! Malam Sejuta Bintang!

on Sunday, 30 October 2011

Alhamdulillah..bersyukur kita kepada Allah SWT kerana memberikan kita sehari lagi untuk terus hidup dimuka bumi Allah SWT ini..setelah menghadapi mingu-minggu yang mencabar sejak kebelakangan ini..kini Admin dapat luangkan sedikit masa untuk terus mengemaskini Blog PMS ini dengan sedikit info.

Malam Sejuta Bintang?



Ala-ala Beyonce

 Kamilah pengguna JusMate5 (Produk dR.Rozmey)

Pantang ada majlis para pelajar pasti akan “melaram” (eh ade ke perkataan tu)..pantang ada majlis..pakaian bukan main..”pesen” mengalahkan datin dan dato..mengalahkan artis apatah lagi..dengan lampu lip lap, lip lap memenuhi setiap pakaian pelajar pada malam itu..yelaaa nak menang Anugerah Sejuta Bintanglah katakan..sampai ada fesyen tu..mak aihh..tudung “melingkor” kat leher..ala-ala Hana Tajima lah katakan..tapi tak pe asalkan masih mampu menjaga aurat tu tak de masalah..

 Anugerah Nilam

Macam-macam "pesen" yang boleh dilihat pada malam itu..ala-ala K-Pop pun ada..ala-ala orang Arab Saudi pon ada..ala-ala gadis kampung yang comel pun ada..tak kurang hebatnya pada yang dapat Anugerah Sejuta Bintang..memang stylo mylo aka Milo "sihat dan kuat"..dan yang paling admin rasa best..banyak anugerah disampaikan pada malam itu..dan yang paling admin tertarik adalah Anugerah Nilam (Top Borrower)..ada juga yang hargai Perpustakaan Cyber PMS kan..dan sesungguhnya pemenang Anugerah tu memang layak sebab dia memang rajin pinjam buku..


Begitu juga dengan suasana majlis yang seakan-akan Anugerah artis-artis kat TV..apa tidaknya..jurukamera bukan main ramai lagi mengalahkan orang yang terima anugerah lagi..bila Emcee sebut je penerima anugerah..maka, berlari anak la mereka yang  bergelar jurukamera mengambil gambar penerima anugerah..



Tabik pada Mr. Mohd. Zainal bin Mat Il yang mampu menyampaikan ucapannya walaupun pada saat akhir tetiba dilantik menjadi perasmi majlis atas ketiadaan Timbalan Pengarah, Tn. Hj. Nor Rahim bin Muhayat bagi menyempurnakan majlis..dengan spontan nya En. Mohd. Zainal mampu melaksanakan tugasnya dengan begitu baik. (Sekadar teguran: Nanti sebut nama VVIP kena betul tau..En. Mohd. Zainal bin Mat Il).

Antara VVIP Malam Sejuta Bintang - Ala-ala Artis 

Emcee pula bergandingan dengan begitu baik..Namun begitu apa yang kurang elok adalah ketika mana perpindahan dari Emcee Formal kepada Emcee yang berbentuk santai..kelihatannya sedikit berterabur..Gandingan Bella dan Ammar nampaknya "serasi" namun tidak begitu berjaya..mungkin kerana Ammar yang sedikit tergagap-gagap dalam melontarkan suaranya yang agak seperti "kanak-kanak" Tom-Tom Bak itu..walaubagaimanapun, mereka masih lagi mampu untuk meneruskan majlis dengan begitu baik sekali..


Cumanya apa yang kurang baik didengar adalah ketika mana para penonton bersorak dan kelihatannya majlis yang pada mulanya formal bertukar sedikit berterabur..memandangkan VVIP ada di dalam dewan mungkin di masa akan datang urusetia dan jawatankuasa program boleh memperbetulkan masalah itu..

Apapun tahniah kepada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang berjaya menganjurkan program ini seadanya..walaupun ada beberapa kecacatan yang sangat jelas..namun ianya masih boleh diperbaiki dari semasa ke semasa..Tahniah..

PMS! Sejarah Politeknik Muadzam Shah

on Friday, 30 September 2011

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhPjdO9RzJbTx4B4zql6P_-m8-RkAV3sVLA9AcXrgXmFQJteTJD8B4Dgt4pPhPYoATGP6k-buMizX_RfcKiiYFPRGR_AZm-HSOh2RSPnVqZBuMFmIZ_uchyPPKnoCsSulTP39BXwpm69-P0/s1600/pic+baru+2011+3411.jpg

Politeknik Muadzam Shah (PMS) telah memulakan operasi pada 1 Ogos 2003 dan merupakan Politeknik yang ke 19 Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Pada awal penubuhannya, Politeknik Muadzam Shah beroperasi di kampus sementara di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah. Sebuah bangunan sekolah 3 tingkat dan dua buah asrama telah dipinjamkan oleh pihak sekolah bagi permulaan operasi Politeknik Muadzam Shah. 


Pada peringkat awal, hanya dua program yang ditawarkan iaitu Sijil Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dan Sijil Pengajian Perniagaan. Operasi politeknik semakin lama semakin berkembang dengan pertambahan jumlah pelajar. Maka pihak politeknik terpaksa menyewa Bangunan Galeri Ilmu melalui Majlis Daerah Rompin sebagai penempatan sementara bagi menempatkan Unit Pentadbiran dan Kewangan.


Logo Politeknik Muadzam Shah diilustrasi berdasrkan seekor gajah dan dipilih berikutan PMS terletak di Negeri Pahang yang dikenali sebagai Negeri Tok Gajah. Logo ini mengilistrasikan huruf P dan M yang menunjukkan kepala, belalai dan badan gajah, manakala S adalah lingkaran merah sebagai singkatan pada nama Politeknik Muadzam Shah.


Politeknik Muadzam Shah telah menerima anugerah Sijil MS ISO 9001:2000 oleh SIRIM QAS International Sdn.Bhd pada 6 Oktober 2006, dengan skop pendaftaran Perkhidmatan Pendidikan di Peringkat Sijil dalam Bidang Teknologi Maklumat Dan Perdagangan untuk lulusan SPM/SPVM. Kini PMS telah memperbaharui pensijilan MS ISO 9001:2008 pada 6 Oktober, 2009.


Bagi kemasukan pelajar baru Sesi Jun 2011, PMS telah menawarkan sebanyak 7 program di peringkat diploma iaitu ;

  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal ( Rekabentuk Pembuatan Automotif)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal ( Rekabentuk Produk)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal ( Automasi)
  • Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)
  • Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian)
  • Diploma Pengajian Perniagaan
  • Diploma Akauntansi
  • Diploma Rekabentuk Grafik
  • Diploma Pengurusan Pelancongan

Dibawah 5 jabatan induk iaitu :

  • Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
  • Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi
  • Jabatan Perdagangan
  • Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual
  • Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti
  • Jabatan Matematik Sains dan Komputer
  • Jabatan Pengajian Am


Sesuai dengan moto ‘Penjana Minda Strategik’, PMS akan terus berusaha mencapai kualiti yang ditetapkan sebaris dengan institusi pegajian yang lain serta berusaha mencapai kecemerlangan Visi dan Misi yang dipegang oleh semua warga PMS.


Kami warga PMS sentiasa berusaha meningkatkan sistem kualiti dari pelbagai aspek terutama aspek pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan graduan yang berkualiti dan komprehensif. PMS juga akan melaksanakan penambahbaikan yang berterusan dalam Sistem Pengurusan Kualiti demi memastikan kecemerlangan pendidikan sentiasa dapat ditingkatkan. PMS juga akan maju setapak lagi dalam usaha mendapatkan akreditasi Malaysian Qualification Agency(MQA)

PMS! Meriahnya PMS

on Wednesday, 6 July 2011

http://unittrust-consultant.com/wp-content/uploads/2011/03/topi-graduan.jpg

Entri ini bukan nak menunjukkan kemeriahan PMS dari segi pergaulan atau permuafakatan yang ditunjukkan di Politeknik Muadzam Shah tapi ianya lebih kepada kursus pengajian yang ditawarkan di PMS.. kalau dulu PMS hanya menawarkan 2 buah kursus pengajian sahaja iaitu Sijil Pengajian Perniagaan dan Sijil Teknologi Maklumat..kemudian ianya berterusan dalam peringkat Diploma..

Kalau tak silap Admin, PMS mengambil pelajar Diploma pertamanya adalah pada Julai 2010.. dan kini pada bulan Julai 2011 untuk pengambilan sesi Jun 2011..PMS kini menawarkan lebih daripada 10 jenis kursus pengajian di peringkat Diploma..antaranya adalah:-

Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual

DRG - Diploma Rekabentuk Grafik
DMC - Diploma Media Cetak

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

DRA - Diploma Rekabentuk Automotif
DMA - Diploma Mekanikal Automasi
DRP – Diploma Rekabentuk Produk

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

DIP - Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)
DNS - Diploma Teknologi Mklumat (Rangkaian)
QIP - Diploma Teknologi Mklumat (Integrasi)

Jabatan Perdagangan

DPM - Diploma Pengajian Perniagaan
DAT - Diploma Akauntasi
QPM - Diploma Integrasi Pengajian Perniagaan (Sem 3)
PPM - Diploma Pengajian Perniagaan (Sem 5)

Jabatan Hospitaliti dan Pelancongan

DUP - Diploma Pelancongan

Wah..nampaknya kalau dulu para pensyarah terikat kepada 2 kursus pengajian sahaja..kini mereka boleh menarik nafas lega apabila kursus yang sepatutnya mereka ajar kini sudah mula ditawarkan di Politeknik Muadzam Shah..dan pelajar-pelajar juga mempunyai lebih banyak pilihan berbanding dahulu..difahamkan itu pun kalau Admin tak silap, kursus pengajian yang ditawarkan di PMS akan ditambah pada semester baru yang akan datang..apapun kita tunggu dan lihat..semoga Politeknik Muadzam Shah akan menjadi politeknik unggul suatu masa nanti..Admin memohon maaf seandainya ada tersalah fakta..minta diperbetulkan diruangan komen..ok..

PMS! Majlis Konvokesyen Politeknik Muadzam Shah Kali Ke-6

on Tuesday, 7 June 2011


Tanggal 23hb Mac 2001 merupakan tarikh bersejarah bagi Politeknik Muadzam Shah yang meraikan graduan-graduan politeknik dalam sebuah Majlis Konvokesyen Politeknik Muadzam Shah kali ke-6. Admin merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Induk yang bertugas pada masa itu. Pertamanya sebelum admin mengulas dengan lebih panjang mengenai MKPMS Versi 2 ini. Admin ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada semua graduan-graduan yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.. semoga mereka akan lebih berjaya di luar sana..


Pada tahun ini, admin ditugaskan untuk mengetuai AJK Persembahan di samping En Yazid sebagai PA ..Alhamdulillah selepas 4 tahun admin kembali menjadi pengacara majlis konvokesyen setelah sekian lama "dilucutkan" jawatan..terima kasih Jawatankuasa Konvokesyen PMS kerana memberi admin peluang yang telah lama dinantikan..kejinyerr ayat skema ni...


Bermula dengan perarakan masuk ke dewan kemudiannya disusuli Perarakan Istiadat Konvokesyen majlis berjalan dengan penuh istiadat dan formalnya..admin menanti dengan penuh sabar untuk melunaskan "kerinduan" kepada aturcara tadbir yang bakal diungkapkan bait katanya satu persatu..Sesudah Istiadat selesai maka Nyanyian lagu-lagu patriotik mengambil tempat..Sesudah itu, majlis kemudiannya menjemput Ustaz Mohd. Taha bin Rulam Ahmad bagi memimpin bacaan doa agar majlis berjalan dan diredhai Allah s.w.t..


Dipendekkan cerita, kini tiba waktu untuk ku melawan segala kegemuruhan yang telah lama admin x rasakan..tapi kan..ape yang admin ungkapkan itu xlah mencabar sangat..baca nama je pownnn..walaubagaimanapun kadang-kadang dek kerana kegopohan biasanya kita juga akan "tershashull"..kernnnn? namun semuanya berjalan dengan lancar..tiba pula Pn. Azalila binti Shahdan mengambil tempat..volleh tahannn..hehehe..selesai para graduan menerima sijil kini tiba pula 1 lagi acara yang membangkitkan semangat bercampur gemuruh dan ketidakstabilan hormon dalam badan..namun admin buat macam dah professional..biasanya orang yang xbiasa dengan sesuatu perkara khususnya berhadapan dengan penonton..orang itu pasti akan ke tandas beberapa kali bagi menghilangkan kegugupannya..admin?gugup, gemuruh namun admin cuba atasinya dengan mengawal emosi dan pengalaman yang ada..Akhirnya turn admin nak buat persembahan dah tiba..Thanks tu "someone" (yg berlagak cam artis tu) sbb dah buatkan sesuatu yang amat admin perlukan dalam Majlis se "Grand" ini..Memulakan persembahan dengan nyanyian Menghilir di Sungai Pahang admin laksanakan dengan penuh teratur dan tertib..majlis formal lah katakan..segala alunan dan suku kata admin alunkan denga penuh cermat dan sesuai dengan lenggoknya..time admin nyanyi tu  sempat mengerling ke arah penonton..penonton begitu khusyuk mendengar setiap bait-bait lagu yang dinyanyikan..Lagu kedua adalah Makwe Koi..sekali lagu admin mengerling ke arah penonton yang hadir..wahhh sambutan menggalakkan..siap ada ibu bapa yang nari-nari lagi cumanya x berdiri dan menari.."duduk sambil menari" ehhhh ade ke istilah tu?..ah lantaklah...


Habis je majlis ibu bapa yang sempat bertemu dengan admin mengucapkan tahniah atas persembahan yang begitu menghiburkan..ketenyerrrrr..Admin yang terkenal dengan sifat rendah diri mengucapkan terima kasih atas pujian itu..merendah diri kewww???


PMS! Perhimpunan Bulanan Kakitangan Politeknik Muadzam Shah April 2011

Hai Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

22 April 2011 - Berjumpa lagi di lembaran baru Blog Politeknik Muadzam Shah dalam episod pada kali ini adalah..Perhimpunan Bulanan Kakitangan PMS yang telah dianjurkan dengan jayanya oleh Jabatan Matematik, Sains dan Komputer bertempat di Dewan Kuliah Utama 1 yang indah ithoooo...Seperti biasa tentatif perjalanan majlis adalah sama dengan mana-mana perhimpunan bulanan kakitangan sebelum-sebelum ini..namun pada kali ini agak berlainan sedikit kerana PBKPMS kali ini dimulai dengan sedikit perkongsian maklumat, informasi dan idea dari Pegawai Unit Penyelidikan dan Inovasi..

Secara ringkasnya beliau memperihalkan tentang perlunya innovation dan pelbagai lagi sudut pandang dan sumbang saran yang begitu menarik..kemudian terdapatnya cadangan untuk membentuk satu ruangan untuk di bukukan yang akan mengandungi pelbagai maklumat menarik seperti cerpen, puzzle dan macam-macam lagi karya berbentuk research serta perkongsian pengetahuan dan ilmu..mengikut dari apa yang disampaikan tadi..ianya akan diberi judul "Digest"..dan setiap muka surat pada halaman digest berkenaan adalah berwarna..Namun begitu penggunaan kertas untuk tujuan percetakan dan penerbitan bukan lagi pilihan utama bagi golongan professional PMS..mereka lebih mengutamakan penggunaan slogan "go green" seperti yang telah disampaikan oleh Pengarah PMS sebentar tadi..

Berkait dengan itu, Buletin Info-lib tak sempat untuk dilaksanakan penerbitannya atas beberapa faktor yang tidak memungkinnya untuk menjadi kenyataan..kecewa memanglah kecewa..namun keputusan dibuat berdasarkan peratusan kebarangkalian ianya (buletin) akan diterima tanpa berlakunya pembaziran..dan keputusan itu boleh terima mengambil kira dengan apa yang dikatakan pengarah: "kalau kita buat macam mana pun cantik pamplet atau buletin..tapi kalau dah hati manusia itu kata ianya tidak bermaklumat dan tidak ingin membacanya walhal kandungannya begitu bermakna dan penting sebagai informasi..benda itu xkan berjaya mengubah hati manusia dari membuang, membiarkan pamplet dan karya-karya tersebut ke dalam tong sampah atau di atas meja"  Maka disinilah berlakunya pembaziran..tidak kurang juga yang memberikan pendapat dengan menggunakan email rasmi politeknik sebagai medium penerbitan dan penyiaran karya-karya seperti buletin..namun adakah ianya berhasil?berapa ramai yang akan bukak email setiap hari dan kemudiannya membaca buletin itu?setiap hari kita mendengar rungutan dari penjawat awam yang berkata, "macam mana nak bukak email..nak login pun xboleh (sambil menyalahkan masalah internet yang xpernah selesai)..kalau itulah cadangannya "go green" xkan pernah berjaya..ada juga yang menyatakan pendapat dengan mencadangkan ianya perlu di "publish" kan kat Laman Web rasmi politeknik..aku nak tanya pendapat korang semua lah..adakah laman web http://www.polimuadzam.edu.my/ menarik?dan sejauh mana ianya boleh menarik minat anda untuk membaca makumat didalamnya?mesti anda akan kata oh tidak..oh god..or whatever..

Berbalik kepada PBKPMS..pelbagai adegan-adegan dan panorama menarik menghiasi majlis pada petang tadi..wah sekarang majlis PBKPMS dah ada anugerah tau..anugerah kakitangan cemerlang bulanan gehtoooo..heyyvattt..dan pada bulan ini penerimanya adalah..Tn. Hj. Abdullah Azraai bin Hasan dan En. Jumari bin Hj. Parjo..tahniah kepada para penerima anugerah..dan yang sangat2 "best"nyerrr hadiah untuk meraikan hari kelahiran kakitangan dah berubah laaa..kalau dulu hadiahnya adalah set cawan yang sangat "chanteQ" itew..kini dah bertukar wajah...LILIN gehtoooo..sangat "chanteQ" sekurang-kurangnya xde la staf yang dah duk kat PMS ni selama 10 tahun dapat hadiah set cawan yang sangat "mahal" tu berulangkali..mintak maaf yerrr PKPMS..saje jewww..tahniah atas perubahan yang anda lakukan..dan semoga makin ramai staf yang akan bayar yuran PKPMS yang sangat "Mahal" itu iaitu sebanyak RM3.00 sebulan.."mahal" sangat kan sampai ada orang yang xmampu bayar tapi mampu beli rokok yang berharga lebih RM10.00 sekotak..

Oklah setakat itu jelah admin nak kongsikan..nanti aku uploadkan gambar k..xsempat lahhh...sorilaa dari awal tadi ayat skema jorhhh..tapi dah penghujung ni kan hagaq keji sikit ayatnyerrr...ok babai sume..enjoyyy!!!!!

P/s: Minta maaf kalau ada terkasar bahasa..sekadar gurauan dan perkongsian ilmu
 
© Blog Penjana Minda Strategik All Rights Reserved