Showing posts with label pertandingan Nasyid Melaka 2011. Show all posts
Showing posts with label pertandingan Nasyid Melaka 2011. Show all posts

PMS! Majlis Perasmian Kelab Kesenian dan Kebudayaan PMS!

on Thursday, 29 September 2011




Baru terima Kad Jemputan dari Perutusan Kelab Kebudayaan Politeknik Muadzam Shah..terasa seperti VVIP pula diutus Kad Jemputan bagai..gigih diorang ni menjemput..walau apapun jutaan terima kasih diucapkan atas jemputan itu..terharu..sob, sob, sob (sambil lap hingus tapi tetap comel ok)..


Buat pengetahuan semua berikut merupakan tentative Majlis Perasmian Kelab Kesenian dan Kebudayaa Politeknik Muadzam Shah:
  • Pendaftaran Para Pelajar dan Ahli Kelab Kesenian dan Kebudayaan
  • Ketibaan para tetamu VIP (Mesti aku duk sini kan..ngeh, ngeh)
  • Doa Pembuka Majlis (Macam mana ni DOA tak masuk dalam tentative)
  • Persembahan Selingan (Macam tak sesuai kot..Ucapan dulu baru persembahan ok..)
  • Ucapan Penasihat Kelab
  • Ucapan Perasmian oleh Pn. Mazwina Hanim binti Abu Bakar
  • Penyampaian Watikah Pelantikan AJK
  • Cabutan Bertuah dan Persembahan
  • Pertunjukan Multimedia
  • Jamuan Ringan dan Majlis bersurai

PMS! Dia boleh buat, tak kan aku tak boleh buat!

on Tuesday, 2 August 2011


Pernyataan itulah yang sering aku ungkapkan bila mana anak-anak didikku akan “berperang” aka bertanding..mana tidaknya..semua orang boleh buat (boleh bertanding dengan memberi komitmen yang tinggi hatta bermain-main dan bergurau ketika berlatih)..selalunya ungkapan ini biasa diucapkan oleh Cikgu kepada anak didiknya..bukan je cikgu sebenarnya tapi ianya digunakan untuk menaikkan semangat dan motivasi para pelajar..pada pertandingan Nasyid yang baru lalu..ayat itulah yang digunakan untuk membakar semangat para peserta tak kira peserta Tilawah, Nasyid ataupun Pidato..


Berbalik kepada pertandingan Nasyid (termasuk pertandingan yang lain)..memang tidak dinafikan peserta agak ketinggalan dari segi pengalaman dan juga mutu suara..disamping gugup dan gemuruh..kegugupan dan kegemuruhan itulah yang membunuh semangat para peserta apabila melihat peserta-peserta lain lebih hebat, petah bercakap dan mempunyai mutu suara yang jauh lebih baik..

Tapi, ingat mereka juga manusia biasa..apa yang mereka boleh buat sudah tentu kita boleh buat..tak kira lah masa latihan kamu semua bermain, bergurau dan tak serius..tak tepati masa dan macam-macam lagi..yang kamu harus ingat..bila pertandingan buat sehabis baik..kalau kalah tak pe..yang penting kita dah puas hati dengan persembahan yang kita lakukan..

Apapun tahniah kepada para peserta PMS yang berjaya menyahut cabaran walaupun disaingi oleh peserta-peserta hebat seluruh Politeknik Malaysia..nanti bila latihan..please..be punctual..jangan dok main-main..main takpe kalau latihan power..

PMS! Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris MAFeP, Melaka

on Tuesday, 26 July 2011

Minta maaf kepada semua pembaca dan folllower Blog Polimuadzamshah sebab Admin dah lama tak update Blog PMS ni atas sebab-sebab ada tugasan yang perlu dilakukan demi PMS yang terchenta itew (katenyer)..sebelom tu nak ditegaskan di sini blog ni bukan blog yang sangat-sangat desperate nak kan follower yer..kepada staff dan kakitangan yang dapat emel update mengenai blog PMS..ianya bertujuan untuk berkongsi cerita dan pengalaman dan berkongsi cerita yang tuan-tuan dan puan-puan tak tahu..dan hal mengenai follower yang digembar-gemburkan itew tak de kena mengena dengan tujuan asal blog ini..follower membawa maksud..selain menjadi follower dengan "JOIN THIS SITE"..anda yang membaca dan mengikuti blog ini dari awal sampailah ke tajuk entri kali ini..dikira sebagai follower even anda tak klik pada join this site button..so, jangan nak salah sangka yer..blog ni tak desperate sangat nak dapatkan follower..kalau nak sangat follower admin boleh cari sumbernya kat tempat lain..tapi sebab blog ini hanya utk PMS..so, Admin hanya perlukan follower dari PMS sahaja..sila faham maksud follower itu sendiri..anda mengikuti berita dan latest update kat Blog ini dikira sebagai Follower..dan kalau anda sangat terganggu dengan email update berita terbaru dari BLOG PMS..please use..delete button je..tak baca pun takpe..Admin tak marah kalau anda tak baca email tu dan tak marah kalau anda tak baca blog PMS itu..mintak maaf yerr kalau menggangu email dan ketenteraman jiwa anda dengan kehadiran email itu..


Ok berbalik kepada tajuk asal, Admin kini berada di Melaka sempena dengan Majlis Tilawah Al-Quran, Pidato dan Nasyid peringkat Politeknik Malaysia..Pertamanya syabas dan tahniah kepada pihak penganjur atas usaha yang untuk memartabatkan seni dan budaya di peringkat politeknik..dan syabas juga diucapkan kepada peserta pidato kita yang berani untuk mencuba untuk bersaing dengan politeknik-politeknik lain yang lebih hebat..


Pada pengamatan Admin, kedua-dua peserta pidato kita boleh dikatakan hebat juga..sebab mampu untuk menyampaikan pidato dengan penuh semangat walaupun ada kalanya peserta kita terlupa dengan isi yang sepatutnya mereka sampaikan..Admin sempat bertemu dan berbicara dengan salah seorang peserta pidato kita..dan memberikan beberapa tips untuk menghilangkan rasa gemuruh disamping memperbetulkan beberapa sebutan yang agak pekat dan ke-Malaysia-an..seperti perkataan FATHER - "Fader", MOTHER - "Mader"..kesilapan menyebut perkataan ini berlaku pada sesi kedua..rugi je ajorrrr..hehehehe..tak pe..gugup kowt..


Pada sesi pertama..kedua-dua peserta PMS bolehlah dikatakan mampu bersaing dengan peserta-peserta lain..sebutan jelas, lancar dan kurang tersekat..Namun begitu, pada sesi kedua peserta-peserta kita nampaknya ketandusan idea dalam menyampaikan pidato mereka secara spontan..kedua-duanya agak gugup..berbeza dengan peserta-peserta lain..sebutan mereka jelas, lancar dan agak-agak macam American dan London ckit..dan Admin sebenarnya amat tertarik dengan peserta dari Politeknik Merlimau dan Kota Melaka..peserta-peserta mereka sangat efisien, professional dan sebutan mereka sangat jelas dan kurang melakukan kesilapan di samping penyampaian yang bersahaja disusuli dengan sedikit lawak yang mengundang hilai tawa penonton..Admin rasa even orang yang dah pro pun belum tentu dapat lakukan sepertimana persembahan mereka..


 
© Blog Penjana Minda Strategik All Rights Reserved