Home > Posts filed under sifat positif

Allah SWT tak beri apa yang kita mahu, tapi Allah beri apa yang kita
fikir dan beri tumpuan serta usaha untuk dapatkannya..(bukan tunggu bulan jatuh
ke riba)..Macam mana nak dapatkannya? Beri tumpuan kepada SIFAT BURUK yang kita
nak dan perlu kikis, doa sungguh-sungguh, cari kwn positif yang boleh membantu
kita, berterusan mencari ilmu, ajak org lain utk sama-sama buang sifat negatif,
usaha dengan gigih kemudian last sekali tawakkal kepada Allah. Antara sifat negatif
ialah pemarah, malas, bertangguh, mulut celupar, tak jaga solat, boros, sambil
lewa, buruk sangka, tak menyesal buat dosa.
Paling penting adalah setiap orang Islam perlu menjaga tiang agamanya
(Solat)..kalau tak solat macam mana nak dapatkan keredhaan Allah SWT..macam
mana nak minta Allah SWT tunaikan apa yang kita nak..pokoknya, SOLAT merupakan
tiang agama..tak solat maka sia-sialah usaha anda..