Showing posts with label tips blogging. Show all posts
Showing posts with label tips blogging. Show all posts

PMS! Tips Bersikap Positif di Tempat Kerja

on Thursday, 28 July 2011

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEil0RsHZDdXAuLTU-U_BB62DU6oMb7bsL1JwDrXR4ffYcj-akaUB7e-Orjy0hor07DNB7DW2WqnUrTwzUWYQuMgaM_QRTF5oKl4U_Fc1V4FaFNOMN31napMwHrElsaggJmFwoKvcKPeGoQ/s1600/bekerja.jpg

PAKAR motivasi ada berkata, ‘Anda tidak akan berjaya dan gembira dengan melakukan perkara yang anda sukai. Sebaliknya anda akan cemerlang dan berbahagia apabila anda menyukai perkara yang anda lakukan’. Persoalannya, adakah sekarang ini anda melakukan pekerjaan yang anda suka atau memang suka melakukan pekerjaan anda ini?

Dua persoalan yang hampir sama ayatnya, cuma perbezaan kedudukannya akhirnya memberikan maksud yang amat ketara.Bertuahlah jika anda sedang melakukan pekerjaan yang anda suka. Bersyukurlah jika anda suka dengan pekerjaan anda sekarang. Lebih beruntung jika anda sedang melakukan pekerjaan yang anda suka dan suka melakukannya.Anda rugi jika anda melakukan pekerjaan yang anda suka tetapi anda tidak suka melakukannya. Bertambah rugi jika anda melakukan pekerjaan yang anda tidak suka dan tidak suka melakukannya.

Penting! Pekerjaan bukan semata-mata kerja dan dapat gaji. Kerja adalah amanah. Kerja juga bukan semata-mata cita-cita tetapi adalah satu tanggungjawab. Apabila anda menerima tawaran sesuatu pekerjaan bererti anda memegang amanah dan tanggungjawab untuk melaksanakan pekerjaan tersebut dengan sebaiknya.

Berikut ialah lima tip untuk kekal bermotivasi dalam melaksanakan pekerjaan anda:

1. Ikhlaskan niat bekerja
Tanyalah diri, kenapa aku bekerja? Mahu cari duit? Nak sara keluarga? Bosan duduk saja? Pelbagai alasan boleh diberikan. Cuma satu alasan yang betul dan tepat iaitu untuk melaksanakan amanah Allah.

Pekerjaan anda sama ada sebagai guru, kerani, penoreh getah, buruh kasar atau apa juga pekerjaan yang halal di sisi syarak adalah termasuk dalam kategori ibadah. Jika anda niatkan ikhlas kerana melaksanakan amanah Allah, anda akan mendapat pahala dalam setiap apa juga tindakan yang anda lakukan ketika melaksanakan pekerjaan anda.

Amanah Allah itu luas. Sebagai suami, anda berperanan untuk menyara keluarga. Sebagai anak, anda bertanggungjawab membantu ibu bapa. Hanya dengan bekerja, tuntutan tersebut boleh dilaksana. Lantas, perbetulkan niat dan rebutlah pahala daripada-Nya ketika bekerja.

2. Tanamkan minat dan suka bekerja
Tidak semua individu beruntung peroleh pekerjaan yang diidamkan. Kehendak semasa, mendorong individu memohon dan menerima pekerjaan yang tidak pernah diimpikan.

Bersyukurlah sebab anda diberi peluang dengan menanam azam dan semangat dalam diri untuk menyayangi pekerjaan tersebut dan berusaha untuk berikan yang terbaik. Jika minda anda positif, hasilnya juga akan positif.

3. Anggap pekerjaan sebagai cabaran untuk diri
Pekerjaan bukan mainan, malah bukan juga bebanan. Jadikan pekerjaan anda sebagai satu medan untuk mencabar keupayaan diri. Mungkin ia bukan bidang anda tetapi bila anda diberi jawatan bererti anda diberi kepercayaan. Lantas, buktikan majikan anda tidak salah meletakkan kepercayaannya kepada anda.

4. Tekad untuk jadi lebih baik
Kalau Mat Jenin boleh berangan mahu jadi kaya dan lebih kaya, apakah anda hanya sekadar mahu kekal di takuk lama bertahun lamanya?

Tekadkan azam, jalinkan semangat, sentiasa berusaha dan bertindak agar kedudukan anda bertambah baik dari hari ke hari, tahun ke tahun. Jadikan pekerjaan anda medan persaingan secara sihat agar hidup anda pada masa depan lebih baik.

5. Bertindak demi kecemerlangan
Apabila anda punya azam untuk lebih berjaya, susun strategi agar pekerjaan anda menjadi lebih baik dan mendapat pengiktirafan majikan. Bertindak dengan cara yang baik, dibenarkan syarak dan norma masyarakat.

Ingat! Matlamat tidak menghalalkan cara.

SUMBER: KOSMO

PMS! Bengkel Designing Blog

on Wednesday, 22 June 2011


Dalam minggu ni Admin terlibat dalam 2 jenis kursus yang amat diminati. Kursus Adobe Photoshop dan Bengkel Designing Blog..Sebenarnya Admin dah tak leh pegi dah mana-mana kursus sebab syarat wajib kursus 10 hari setahun telah lama dipenuhi..rasanya kursus terkumpul setakat ni dah melebihi 16 hari dah kot..tu sebab dah tak leh pegi..


Namun begitu, atas sebab-sebab nak berkongsi ilmu dengan para peserta untuk menguasai Adobe Photoshop dan Blog..Admin merayu-rayu nak masuk kursus ni..bukan apa ingat nak kongsikan "javascript" untuk mempelbagaikan blog..rupanya tak berkesempatan atasn sebab-sebab internet politeknik yang begitu kurang memuaskan..nak upload gambar pown tak mampu..


So, untuk entri kali ni Admin ingin kongsikan beberapa aktiviti semasa berblogging itu tadi..rata-rata peserta kursus dah mahir menggunakan beberapa tool yang ada dalam men"design"kan blog diorang tadi..ada yang buat blog pasal kuih, pasal kehidupan, pasal memasak, raja lawak, peralatan elektrik, kamera DSLR, politik dan macam-macam lagilah..Tips blogging untuk korang..korang semua kena ada identiti..sebagai contoh..buat entri pasal resipi untuk memasak..so secara tak langsung tentu ramai pembaca yang nak cari resepi..so diorang akan datang ke blog korang untuk dapatkan maklumat dan resepi tersebut..mudah bukan..


Kalau ada sesiapa pun yang nak belajar nak create blog..Admin boleh tolong ajarkan..dan bagi sedikit input-input..serta tips berblogging..jangan malu-malu yer..kalau malu sesat jalan tau..Setakat ni..peserta seperti Zieta Mazieta, Kak Siti Mariam, Taufiq, Khairunhakim, Balok dan beberapa orang peserta lagi rasanya dah berjaya kuasai ilmu blog ni..tapi perjalanan masih jauh lagi kalau nak jadi blogger yang bagus dan terbaik..teruskan usaha anda yer..yeayyyy dah habis dah sesi pa


Meh kita g aktiviti sebelah petang pulak yerr..mmm rasanya aktiviti petang tak banyak kot..just apply dan ulang balik pe yang kitorg pelajara masa pagi tadi..Blogger-blogger lain like Yazid Yahya kejenyer menolong blogger-bloger baru yang menghadapi kesulitan dalam meng"apply"kan tools yang ada..dia dah "terrorist" dah..Admin ni je yang belom terror lagi..


Blogger-bloger Zieta Mazieta aka Zizie Bung Karno (Mukhtar) gehtooo pown dah terror dah..En. Jamal dari JTMK, Pn. Norhazlin, Kak Rose Rania, Kak Leez pon sume dah pakar dah dalam mengaplikasikan tools yang ada..new post, edit design, edit template html (upss dorg tak terror lagi), tukarkan colour background, tukar font dan upload gambar pown dah pandai..nak kalahkan Blog Penjana Minda Strategik la tuuu..Oooo ya kita punya pencermah pown ada blog jugak tau..tak ingatlah address blog dia..tak pe bila dia baca post ni sure dia bagi address..

Tak lupa juga kepada Mohd. Fitri, Safawi, Nazrol, Abg Jumari dan ramai lagi blogger-blogger wanita yang dah advanced dah bab blog ni..ada yang dah siap letak iklan Nuffnang dah..hevatttt..pasni leh la korang menambahkan pendapatan yer..tapi tolonglah kalau baru setakat sehari dua dah nak pendapatan yang giler-giler..janganlah teruskan hasrat nak berblog yer..biar ikhlas nak berblog pasti korang akan dapat hasilnya nanti..


Sebab semuanya dah "terrorist" bab blog ni..maka, bengkel Designing Blog habis awal..sebab ilmu pown dah habis dicurahkan..tapi pas ni penganjur berjanji nak buat satu lagi bengkel Designing Blog tapi untuk tahap yang lebih tinggi..Advanced User lah katakan..macam c Yazid itew..script sajorkhhhh dalam blog dia tu..dan kepada kengkawan blogger-blogger baru..korang sume follow lah blog PMS ni..nampak sikit muka korang kat sidebar follower tu..k..jangan lupa follow tau..
 
© Blog Penjana Minda Strategik All Rights Reserved