Showing posts with label tuntutan 10 hari berkursus. Show all posts
Showing posts with label tuntutan 10 hari berkursus. Show all posts

PMS! 5 tuntutan CUEPACS

on Sunday, 19 June 2011

CUEPACS yang baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bermula 1 Julai, mengemukakan lima tuntutan baru sebagai prasyarat mempersetujui pelaksanaan program itu.

Tuntutan utama adalah supaya pangkat pegawai dinaikkan secara automatik selepas menamatkan kursus kompetensi, memberi tiga kenaikan insentif bagi setiap kali kenaikan pangkat dan melantik dua wakil CUEPACS dalam panel penilai PROSPEK.

Dua tuntutan lagi adalah penubuhan jawatankuasa utama yang dianggotai CUEPACS dan JPA bagi memantau pelaksanaan PROSPEK dan isu berkaitan serta memastikan setiap perkara dipersetujui dalam perjanjian sebelum ini dipatuhi kedua-dua pihak sebelum pekeliling mengenai penilaian dikeluarkan.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata CUEPACS mengemukakan tuntutan baru kerana tidak bersetuju dengan beberapa terma dan syarat dalam MoU yang ditandatangani dengan JPA sebelum ini.

“Kita tidak puas hati dengan beberapa perkara dalam PROSPEK dan menuntut supaya lima perkara itu diberi perhatian oleh JPA sebelum kami bersetuju dengan pelaksanaan kaedah baru penilaian prestasi kakitangan awam yang akan dikuatkuasakan bulan depan.

“CUEPACS sudah bertemu Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada Khamis lalu dan beliau setuju supaya kita berbincang dengan JPA mengenai lima tuntutan itu sebelum pekeliling PROSPEK diedarkan.
“Jika pekeliling dikeluarkan tanpa perbincangan antara JPA dengan CUEPACS berhubung tuntutan itu, kita mungkin menolak pelaksanaan PROSPEK,” katanya selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Pekerja RISDA Kedah ke-24, di sini semalam.

Pada 19 Mei lalu, CUEPACS telah menyatakan persetujuan mengenai PROSPEK menerusi MoU yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah bersama Omar yang mewakili CUEPACS, bagi menggantikan PTK yang dimansuhkan pada Januari lalu.

Menerusi PROSPEK, kaedah penilaian kakitangan awam tidak lagi berasaskan peperiksaan, sebaliknya ditentukan panel penilai berwibawa dianggotai oleh ketua jabatan dan kakitangan pelbagai peringkat. Panel penilai akan bertukar setiap tahun bagi mengelakkan elemen berat sebelah dan unsur pilih kasih.

Pelaksanaannya akan membabitkan lapan prinsip penilaian baru, iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.

Bagaimanapun, falsafah penilaian berasaskan kompetensi diteruskan dengan skopnya diperluaskan meliputi pembangunan kompetensi dan potensi. Hasil penilaian akan menentukan status kompetensi pegawai sama ada mempunyai kompetensi cemerlang dan berpotensi tinggi, memenuhi kompetensi dan berpotensi atau memerlukan pembangunan.

Sementara itu, Omar berkata, CUEPACS berharap kerajaan memberikan dua bulan bonus kepada 1.2 juta kakitangan awam akhir tahun ini, selain Elaun Kos Sara Hidup (COLA) sebanyak RM300 sebulan di seluruh negara dalam Bajet 2012 yang akan dibentangkan pada Oktober nanti.

“Permintaan kami untuk dua bulan bonus tahun lalu tidak dipenuhi dan berharap kali ini ia dipertimbangkan. COLA pula wajar diperluaskan ke seluruh negara kerana kos sara hidup semakin meningkat. Ini kerana dinaikkan pangkat pun, kenaikan gaji mereka hanya sedikit,” katanya

PMS! Tuntutan 10 Hari Berkursus

on Wednesday, 8 June 2011

Tak sangka pula tahun ni admin dapat banyak sertai kursus..pada tahun lepas kerajaan aka Suruhanjaya Perkhidmatan Awam menetapkan 7 hari sebagai tempoh wajib berkursus..so tak kira pangkat, mana-mana orang yang bekerja dibawah Perkhidmatan Awam kene pegi kursus sebanyak 7 hari..tak kira lah nak kursus ape pon..tahun lepas admin punya kursus cukup-cukup makan jew..semuanya kursus dalaman..


Dan pada tahun ni, tempoh wajib berkursus itu telah dinaikkan ke 10 hari..pada mulanya admin rasa macam payah je nak penuhi tempoh 10 hari berkursus tu..atas sebab-sebab mengambil kira kursus pada tahun lepas yang hanya cukup-cukup makan..pada tahun ni, mak aiii..melebih-lebih pula kursus yang admin dapat..untuk tempoh Januari – Mei aku dah kumpul 14 hari berkursus..dan 20-21 Jun ni akan terlibat lagi dalam 1 kursus yang amat admin minati..maklumlah designer lah katakan..KURSUS ADOBE PHOTOSHOP..ingat sebut ADOBE tu mengikut sebutan PHONETIC yang betol tau..


Baru-baru ni, admin telah menghadiri dan menyertai 1 kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi..iaitu Kursus Network Sharing..sebenarnya tak perlu pon kursus ni diadakan tapi sebab ada peserta yang tak cukup 10 hari berkursus dan admin pula kene ganti bos (bos cuti) so terpaksa lah pegi jugak..pada mulanya admin menganggap tak perlu ke kursus tu..tapi bila dah berada dalam kursus tu nampaknya banyak benda yang kita tak tahu..dan sekarang Alhamdulillah dah banyak dah yang admin tahu..(This sentence has been removed by author)

Apa yang admin belajar?

- IP Address mengikut kelas yang betol (ingat bukan main hentam je letak IP yer)
- Teori Network Sharing 
- Amali 
- Sharing document mengikut IP dan banyak lagi (Mode: malas nak taip)


Oklah tak nak cakap banyak, korang tengok jela gambar ni yer..

Sesi Teori yang sangat membosankan dan membebankan kepala otak peserta
(Sori yer Mr. Mohd. Shariful Anuar..memain jew)

Peserta kursus yang sangat khusyuk (mode: padahal berborak sajorrr)

Sesi Amali yang di ketuai oleh Mr. Yazid gehtooo
(Dia paling sibuk dalam kursus ni, mengalahkan penceramah)

Binatang mende ni? Hahahahaha..inilah Switch yer kengkawan

Thanks to JTMK yer sebab anjurkan kursus yang sangat penting ni..
 
© Blog Penjana Minda Strategik All Rights Reserved