Jabatan Matematik, Sains dan Komputer

on Sunday 12 June 2011

Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) adalah merupakan sebuah jabatan sokongan akademik di Politeknik Muadzam Shah yang menawarkan kursus-kursus kod B dalam bidang Matematik, Sains dan Komputer kepada pelajar-pelajar jabatan induk. JMSK menyelaras semua modul Matematik, Sains Kejuruteraan dan Komputer yang menjadi teras kepada pencapaian akademik pelajar-pelajar di Politeknik Muadzam Shah.

JMSK mula ditubuhkan pada bulan Disember 2010 setelah berpindah ke kampus baru. Sebelum ini hanya terdapat Unit Matematik, Sains dan Komputer di bawah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK). Kini terdapat 9 orang pensyarah, seorang pembantu makmal dan seorang pembantu am pejabat. Antara kemudahan yang disediakan di JMSK ialah 2 buah Makmal Komputerdan sebuah Makmal Sains Kejuruteraan.

Visi
Menyediakan pendidikan berkesan dalam kursus Matematik, Sains dan Komputer untuk  melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkebolehan berlandaskan pendekatan masa kini.

Misi
Komited untuk menjadikan JMSK cemerlang dalam P&P agar dapat membantu jabatan induk dalam menyediakan program dan latihan berkualiti kepada pelajar.

Kaedah Pengajaran
Kaedah pengajaran yang digunakan dalam proses perlaksanaan P&P adalah dengan menggabungkan kedua-dua kaedah pengajaran secara teori (bilik kuliah) dan amali (aktiviti di makmal). Proses P&P juga dijalankan dengan bantuan alat bantu mengajar yang bersesuaian untuk memudahkan penyampaian dan penerimaan ilmu kepada pelajar.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Blog Penjana Minda Strategik All Rights Reserved