PMS! Hari Keluarga PKPMS berlangsung meriah!

on Friday 30 September 2011


Hari Keluarga PKPMS 2011 di Bukit Gambang Resort

Pada 21-22hb Mei 2011 yang baru lalu, Persatuan Kakitangan Politeknik Muadzam Shah telah menganjurkan Hari Keluarga PKPMS 2011 di Bukit Gambang Resort..Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik dan pertandingan telah dilangsungkan dengan jayanya pada hari tersebut.  Antara lain tujuannya adalah merapatkan hubungan silaturahim antara staf Politeknik Muadzam Shah disamping mengenali antara satu dengan yang lain..Ya Allah skemanya ayat..tak mau skema-skema yer..

Bagi mengisi ruang masa yang ada, pihak urusetia juga menganjurkan pertandingan Telematch disamping beberapa acara-acara GRAND antaranya adalah: Pertandingan Staff Paling Vogue, Pertandingan Staff Paling Ceria, Pertandingan Pasangan Paling Romantik dan Pertandingan King and Queen of The Night (Mode dalam hati: Kalau admin pegi mesti menang..*larikkkkkk)

Berikut adalah senarai pertandingan dan aktiviti yang telah berlangsung pada hari berkenaan:
  1. Pertandingan Mewarna
  2. Pertandingan Make-Up Suami
  3. Pertandingan Make-Up Berpasangan
  4. Pertandingan Pakaian Mengikut Tema
  5. Pertandingan Staff Paling Vogue
  6. Pertandingan Prince of the Night
  7. Pertandingan Princess of the Night
  8. Queen of The Nite
  9. King of The Nite
  10. Pertandingan Wajah Seiras
  11. Pasangan Paling Romantik
  12. Staf Paling Ceria
  13. Telematch
Aku dah malas nak ulas..ape kata korang tengok jelah gambar aktiviti dan gambar para pemenang pertandingan pada HKPKPMS 2011 yang baru lalu ni yer...



Pertandingan Mewarna
(Semua peserta serius..tu sebab leh menang)

Pertandingan Make-Up Suami 
("Nyah" paling hot di PMS)
(Mode: Sori yer Balok..gurau jew)

 Pertandingan Make-Up Berpasangan
(Ita Menang gehtoo)
(Dalam hati Ita: Korang ingat sesihat-sihat aku ni cantik tau kalau dah mekup)

Pertandingan Pakaian Mengikut Tema

Wah!!! Staff Paling Vogue (Sebut cam Siti Nurhaliza tau)

Prince of the "Nite"

Princess of the "Nite"
yang menang baby tau..bukan Kak Liz..ngehhh

Jangan memain..aku Queen of the "Nite" tau..Kaooo mampoo?

Ni pula King of the "Nite"..Memang sesuai sangatz

Walaupown bukan kembar seiras..tapi kitorg tetap menang tau..
(Pertandingan Wajah Seiras)

Ni tak leh nak kate la..memg romantik gitew..siap laga kepala gehtoo..romantik katenyer
(Pasangan Paling Romantik)

Ni konfem Staff Paling Ceria ..pernah ke korang tgok muka Kak Iza tak ceria?
(Mode dalam hati Kak Iza: Tengok gigi lah..ceria kan?) 


Okla sesi pertandingan dah habis..gambar kat bawah ni pula sedikit gambar Telematch..aku tak dapat nak upload semua..kang habes broadband aku..



  Suasana Telematch di Bukit Gambang Resort

Sekalung tahniah kepada Persatuan Kakitangan Politeknik Muadzam Shah, anda telah berjaya menyelamatkan PKPMS dengan penganjuran Hari Keluarga pada tahun ini. Tahniah!!! Semoga pada sesi akan datang ahli-ahli PKPMS yang baru akan dapat menjalankan tugas mereka dengan jujur dan ikhlas..


P/s: Ala ruginyer tak pegi..masa ni Admin ada program lah kat Kuantan dengan Kengkawan..tu sebab tak dapat join..kalau pegi konfem leh menang pertandingan ape tu..pertandingan solek-menyolek ke ape ntah..takpelah..tahun depan ada lagi kan..kalau ada lagi..konfem..eh tak leh..insyaAllah leh pegi..Pihak Admin ingin memohon maaf seandainya terdapat penggunaan perkataan yang tidak sesuai..semuanya bertujuan untuk gurauan semata-mata.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Blog Penjana Minda Strategik All Rights Reserved