PMS! Majlis Sukan Olahraga Politeknik Kali ke-13

on Thursday 23 June 2011


16-20 Februari 2011 - Pertamanya, selamat datang kepada semua kontingen-kontingen yang menyertai Majlis Sukan Politeknik Kali ke-13 yang baru lalu. 

Program ini diadakan setahun sekali dan pada tahun ini dengan pungutan pingat emas sebanyak 16 pingat, Perak - 9 pingat dan Gangsa - 8 pingat melayakkan Politeknik Ungku Omar sekali lagi dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam kejohanan olahraga yang disertai oleh 26 buah politeknik seluruh Malaysia. Naib Juara disandang oleh Politeknik Seberang Perai dengan kutipan pingat emas sebanyak 6 pingat, perak 1 pingat dan gangsa sebanyak 2. Di tempat ketiga adalah dari Politeknik Sultan Azlan Shah dengan kutipan PE-5, PP-2 dan PG-8. 


Kejohanan pada kali ini membuktikan Politeknik mampu untuk melahirkan jaguh-jaguh olahraga yang boleh mengharumkan negara suatu hari nanti. Anugerah Olahragawan dan Olahragawati yang disandang masing-masing oleh adik Yuvaraaj A/L Panerselvam (PSP) dan  Hamidah binti Abu (PUO) mengukuhkan lagi kenyataan tersebut.


Dengan penganjuran yang buat julung kalinya diadakan di Politeknik Muadzam Shah sekaligus bertindak sebagai tuan rumah kejohanan memperlihatkan kemampuan PMS sebagai tuan rumah kejohanan.


Kejohanan pada kali ini juga diserikan lagi dengan kehadiran Y. Bhg. Datuk Hj. Mohlis bin Jaafar Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada majlis perasmian penutup yang telah diadakan pada 20 Februari 2011.

Akhir kata, warga Politeknik Muadzam Shah mengucapkan semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing  dan tahniah kepada para pemenang semoga berjumpa lagi  di kejohanan akan datang iaitu pada tahun 2012. Von Voyage!!


Ranking: 5
 
© Blog Penjana Minda Strategik All Rights Reserved