PMS! Majlis Tahlil dan Doa Selamat

on Thursday 16 June 2011



Pada 14 Mei yang lalu bertempat di rumah Pn. Norzalina binti Nor Hasin telah diadakan Majlis Tahlil & Doa Selamat yang diketuai oleh Ustaz Mohd. Taha bin Rulam Ahmad. Majlis ini telah dianjurkan oleh Pn. Norzalina, Mohd. Fazrul (Suami) dan Cik Norhafida binti Darus.


Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada semua staf yang hadir bagi menjayakan majlis ini. Pihak Admin juga ingin mengucapkan terima kasih kerana menjemput admin ke majlis itu. Alhamdulillah, makanan pun sedap, yang hadir pun agak ramai juga (betul ke ayat admin ni)...tak penting pun sebab blog ni..bukan blog rasmi pun kan..yang penting mudah difahami. Harapan Admin semoga majlis seperti ini akan lebih kerap dianjurkan bukan hanya untuk makan yer..tapi juga boleh menyatu padukan kakitangan PMS disamping mengeratkan lagi silaturahim antara kita.


Buat pengetahuan semua, pada hari yang sama dengan majlis ini telah berlaku satu kemalangan ngeri yang membabitkan sebuah kenderaan Honda CRV dan sebuah kenderaan jenis Viva. Sebagai maklumat lanjut anda bolehlah ke Laman Blog En. Yazid bin Yahya bagi mengetahui secara detail mengenai kejadian itu. Sila ke link ini yer: The Death Trap
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Ash said...

Tengok pic yang last tu, pic Kak Sue ngan anak dia. Al-Fatihah buat baby tu yang telah kembali ke Rahmatullah..


12 June 2011 at 18:26
 
© Blog Penjana Minda Strategik All Rights Reserved