Politeknik Muadzam Shah

on Monday 9 May 2011



Sejarah Penubuhan Politeknik Muadzam Shah

Politeknik Muadzam Shah mula beroperasi pada 1 Ogos 2003 merupakan politeknik yang ke 19 Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kampus tetapnya terletak di pinggir Bandar Muadzam Shah.
 
Politeknik Muadzam Shah telah mengeluarkan  graduan sulungnya seramai 63 orang dari pengambilan sesi Januari 2004 dan 77 orang dari sesi Julai 2004. Sebagai graduan perintis, mereka mendapat bimbingan daripada  kakitangan akademik  yang komited dalam melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan dan berkemahiran. Manakala bahagian pengurusan dan pentadbiran pula digerakkan melalui kerjasama staf yang terdiri daripada kumpulan kakitangan pengurusan & profesional dan kakitangan sokongan.
Politeknik Muadzam Shah mempunyai kumpulan pengurusan yang beriltizam untuk menjadikan politeknik ini sebagai sebuah pusat kecemerlangan ilmu dan kemahiran yang  terunggul di negara ini. 

Visi

Politeknik pilihan melahirkan modal insan yang komited, responsif dan inovatif berkeupayaan memacu ekonomi dan pembangunan negara.
Misi

Mewujudkan persekitaran kondusif mencakupi pembangunan sahsiah bagi memperkasakan modal insan yang kreatif dan berdaya saing.

Piagam Pelanggan
  • Proses pendaftaran pelajar diselesaikan pada hari yang sama pelajar mendaftar.
  • Proses PPP dilaksanakan secara sistematik, terancang dan berkesan.
  • Status tindakan terhadap aduan pelanggan dimaklumkan kepada pengadu dalam masa 2 minggu selepas aduan diterima. 
  • Keputusan peperiksaan akhir diproses dalam masa 2 minggu selepas semester pengajian berakhir. 
  • Mengurangkan teguran  AG sebanyak 25% setiap 3 bulan.
  • Berusaha  untuk melaksanakan 100% penyeliaan ke atas semua pelajar yang sedang menjalani Latihan Industri pada semester semasa.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Blog Penjana Minda Strategik All Rights Reserved