Unit Hal Ehwal Pelajar

on Sunday 12 June 2011

Unit Hal Ehwal Pelajar (Kebajikan Dan Disiplin) berperanan untuk mengurus kebajikan dan disiplin pelajar. 

Unit Hal Ehwal Pelajar (Unit Pengambilan dan Data) membantu pengurusan politeknik dalam proses pengambilan dan pendaftaran pelajar. Unit ini juga bertanggungjawab menyimpan serta mengemaskini rekod pelajar dan mengeluarkan maklumat serta statistik pelajar.

Pinjaman dan Biasiswa
Penaja – penaja bagi pelajar Politeknik Muadzam Shah adalah daripada PTPTN , TPP dan Yayasan Negeri. 

Seramai 131 orang pelajar peringkat Sijil ditaja oleh Tabung Pinjaman Pelajaran KPTM. Manakala seramai 37 orang pelajar Peringkat Diploma ditaja oleh PTPTN. Bagi selebihnya iaitu 47 orang pelajar ditaja oleh Yayasan Negeri , Jabatan Orang Asli Malaysia dan membiayai pengajian sendiri. Data ini adalah untuk tahun 2009. 

Bagi Sesi Januari 2010 pelajar masih lagi dalam peringkat permohonan. Bagi permohonan KPTM dan PTPTN adalah secara online.Pelajar mestilah memohon sebelum hari pendaftaran masuk ke Politeknik. Bagi pelajar yang tidak berbuat demikian, masih boleh membuat permohonan setelah berada di Politeknik tetapi ada kemungkinan kelewatan dibayar duit pinjaman tersebut. Untuk memohon TPP pelajar boleh online di lawan web www.politeknik.edu.my dan untuk lawan web ptptn ialah www.ptptn.gov.my .

Pelajar Peringkat Sijil, satu semester akan dibayar sebanyak RM 1500. Jadi sepanjang pengajian empat semester pelajar akan dibayar sebanyak RM 6000.TPP ini juga tidak mengenakan sebarang cas perkhidmatan. Manakala untuk PTPTN pelajar Peringkat Diploma akan dibayar sebanyak RM 2500.Sepanjang pengajian enam semester pelajar akan dibayar RM 15000.Pinjaman PTPTN adalah bergantung kepada pendapatan keluarga. Untuk maklumat lanjut mengenai PTPTN sila layari laman web PTPTN.

Objektif bagi bahagian Biasiswa dan Pinjaman adalah memastikan pelajar mempunyai penaja selewat – lewatnya semester kedua.

Fungsi Unit Kebajikan dan Disiplin
  • Pengurusan bantuan kewangan
  • Insurans
  • Kebajikan pelajar dalam kes-kes kematian, kemalangan dan rawatan
  • Penginapan pelajar
  • Program Minggu Suai Kenal Pelajar Baru
  • Pendaftaran kenderaan pelajar
  • Pengurusan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
  • Pengurusan disiplin dan urusetia tatatertib pelajar.
Fungsi Unit Pengambilan dan Data
  • Menguruskan pengambilan dan pendaftaran pelajar
  • Menyimpan rekod pelajar
  • Mengemaskini pangkalan data pelajar
  • Menyediakan statistik, input, enrolmen dan output
  • Menerima dan menguruskan permohonan pertukaran kursus/politeknik.
  • Penangguhan dan pemberhentian pengajian pelajar
Persatuan Alumni PMS
Persatuan Alumni PMS dalam usaha untuk mengumpulkan kembali bekas pelajar PMS. Anda semua dijemput dan dialu-alukan untuk menjadi ahli persatuan alumni PMS bagi mengukuhkan kembali silaturrahim yang sedia terjalin. Sila klik sini untuk pendaftaran Alumni PMS. 

Sila ikuti arahan dibawah bagi memudahkan lagi sesi pendaftaran:

1.Sila gunakan No Kad Pengenalan (nilai lalai) di ruangan Username dan Password. (contoh:123456067894)
2. Sila Klik LOGIN dan pergi ke LMS PMS.
3. Sila pergi ke Alumni di Course Categories.
4. Kemudian, sila klik Alumni di bahagian course.
5. Sila klik Borang Pendaftaran Alumni PMS. 
6. Akhir sekali, sila klik Add Entry dan setelah selesai sila klik Save and View.
Terima Kasih atas pendaftaran anda semua.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Blog Penjana Minda Strategik All Rights Reserved