Unit Perhubungan dan Latihan Industri

on Sunday 12 June 2011

Unit Perhubungan Dan Latihan Industri (UPLI) merupakan unit yang bertanggungjawab terhadap perlaksanaan Program Latihan Industri para pelajar Politeknik Muadzam Shah. Unit ini diketuai oleh seorang Pegawai Perhubungan Dan Latihan Industri (PPLI) dan dibantu oleh dua orang Penyelaras Latihan Industri Jabatan (PLIJ) masing-masing daripada Jabatan Perdagangan dan Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi serta seorang Pembantu Tadbir. Tugas utama unit ini adalah merancang, melaksana, dan memantau perjalanan Program Latihan Industri yang merangkumi tiga fasa utama seperti berikut:
 
  • Pengurusan Sebelum Latihan Industri
 
Ø  Penyediaan Takwim Latihan Industri
Ø  Penyediaan data pelajar dan industri
Ø  Perlaksanaan pengajaran & pembelajaran Kursus Soft Skills Latihan Industri
Ø  Pendaftaran pelajar Program Latihan Industri
Ø  Urusan Taklimat permohonan tempat LI dan prosedur berkaitan menjalani LI serta penyediaan Laporan LI
Ø  Urusan pencarian tempat LI dan penempatan pelajar
Ø  Persediaan pelajar untuk melapor diri ke organisasi pemberi Latihan Industri
 
  • Perlaksanaan Program Latihan Industri
Ø  Urusan pengesahan lapor diri pelajar di firma
Ø  Pengurusan penyeliaan pelajar yang menjalani LI
Ø  Pengurusan pertukaran tempat latihan pelajar
Ø  Pengendalian aduan daripada pelajar dan organisasi pemberi latihan
Ø  Urusan makluman tamat LI
 
  • Penilaian Latihan Industri
Ø  Pendaftaran pengesahan tamat LI
Ø  Penialian LI dan memproses keputusan LI pelajar
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Blog Penjana Minda Strategik All Rights Reserved