PMS! Dia boleh buat, tak kan aku tak boleh buat!

on Tuesday, 2 August 2011


Pernyataan itulah yang sering aku ungkapkan bila mana anak-anak didikku akan “berperang” aka bertanding..mana tidaknya..semua orang boleh buat (boleh bertanding dengan memberi komitmen yang tinggi hatta bermain-main dan bergurau ketika berlatih)..selalunya ungkapan ini biasa diucapkan oleh Cikgu kepada anak didiknya..bukan je cikgu sebenarnya tapi ianya digunakan untuk menaikkan semangat dan motivasi para pelajar..pada pertandingan Nasyid yang baru lalu..ayat itulah yang digunakan untuk membakar semangat para peserta tak kira peserta Tilawah, Nasyid ataupun Pidato..


Berbalik kepada pertandingan Nasyid (termasuk pertandingan yang lain)..memang tidak dinafikan peserta agak ketinggalan dari segi pengalaman dan juga mutu suara..disamping gugup dan gemuruh..kegugupan dan kegemuruhan itulah yang membunuh semangat para peserta apabila melihat peserta-peserta lain lebih hebat, petah bercakap dan mempunyai mutu suara yang jauh lebih baik..

Tapi, ingat mereka juga manusia biasa..apa yang mereka boleh buat sudah tentu kita boleh buat..tak kira lah masa latihan kamu semua bermain, bergurau dan tak serius..tak tepati masa dan macam-macam lagi..yang kamu harus ingat..bila pertandingan buat sehabis baik..kalau kalah tak pe..yang penting kita dah puas hati dengan persembahan yang kita lakukan..

Apapun tahniah kepada para peserta PMS yang berjaya menyahut cabaran walaupun disaingi oleh peserta-peserta hebat seluruh Politeknik Malaysia..nanti bila latihan..please..be punctual..jangan dok main-main..main takpe kalau latihan power..
Ranking: 5

{ 5 comments... read them below or add one }

 
© Blog Penjana Minda Strategik All Rights Reserved