PMS! Mengukuhkan niat sebagai langkah pertama!

on Sunday 2 October 2011

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgUuAUaZWlwLaRZ51J4c6SU818GZl8qHTYNQ2vCU-HAifuJ9z9gybR3hdqpW9v_GmDpeRBPZGufpHs1KmMaV5RDWUkVl3KRjXwnemY8oBJGArDcaawJkTRMUzTT3lWpwUx30DS-Uv07hnIh/s1600/hijrah.jpg

Siapa yang benar-benar menginginkan sesuatu, maka niat tersebut telah kukuh untuk mendapat sesuatu tersebut. Niat merupakan motivasi yang mendorong seseorang kepada Allah. Selanjutnya, kecintaan ini meliputi segala sendi dan bahagian dirinya. Niat tersebut harus dikukuhkan kerana terkadang ada seseorang yang berkata : “Saya mencintai Allah” – apalah gunanya niat!

Kita jelaskan kepadanya bahawasanya mencintai Allah bukan hanya sekadar pernyataan yang kita katakan untuk membuat orang lain merasa puas hati menipu diri kita sendiri. Kecintaan Allah memerlukan penetapan bukti dan perbuatan, apakah kamu telah berbuat sesuatu yang membuktikan bahawa kamu benar mencintai Allah.

Sebelum kamu mengetahui jalan untuk mencintai Allah, hendaknyalah kamu mengetahui musuhmu yang menghalangimu untuk sampai. Musuhmu yang pertama adalah syaitan, (perbezaan antara syaitan sebenarnya dan syaitan di bumi adalah sifat yang umum, erti segala sesuatu yang menjauhkan manusia dari ketaatan kepada Allah dengan cara berfikir yang benar dan segala sesuatu yang menggoda dengan kemaksiatan dan berupaya mendorong manusia kepada keburukan… ada syaitan yang berupa jin, ada pula yang berupa manusia, tugas mereka menyebarkan kemaksiatan dan kerosakan di permukaan bumi ini).

Dengan definisi yang sederhana ini, maka kita telah mengetahui musuh kita, iaitu syaitan yang mendorong kita kepada jalan kemaksiatan, menghias kerosakan dan kejatuhan moral kepada kita dengan menggambarkan kenikmatan yang diharamkan bahawa sesungguhnya kenikmatan tersebut adalah buah yang abadi, walaupun ia mengeluarkan kita dari keredaan Allah kerana kita menentang-Nya. Melawan syaitan bukanlah praktik yang mudah.

Jika kamu telah mengukuhkan niat untuk mencintai Allah, maka syaitan tidak akan membiarkanmu begitu sahaja. Namun, akan terjadi peperangan yang besar antara kamu dan dia. Syaitan akan berusaha menjauhkanmu dari mencintai Allah. Syaitan duduk di pintu-pintu masjid, tempat-tempat ibadah dan zikir, dia berupaya menggoda manusia dengan cara apa saja hingga ia tidak pergi ke tempat tersebut. Syaitan pun mengingatkannya dengan urusan-urusan duniawi serta menakut-nakutinya, jika ia pergi untuk menunaikan solat.

Diriwayatkan bahawa Abu Hanifah r.a. yang terkenal dengan fatwa dalam urusan agama didatangi oleh seorang lelaki mengajukan permasalahannya. Ia berkata: “Wangku hilang, sungguh aku telah menguburkannya pada suatu tempat namun, banjir datang hingga menyembunyikan dan menghanyutkan batu yang kujadikan tanda bagi tempat wang tersebut dan aku tidak tahu apa yang harus kulakukan!” Imam Abu Hanifah berkata : “Pergilah! Setelah solat Isya’ malam ini, berdirilah di hadapan tuhanmu untuk melaksanakan solat tahajud hingga terbit fajar. Selanjutnya, katakan padaku apa yang terjadi setelah itu.” Ketika tiba waktu solat fajar, lelaki tersebut datang dengan wajah yang berseri, “Aku telah menemukan hartaku.”

Kemudian, Imam Abu Hanifah bertanya: “Bagaimana boleh?” Lelaki tersebut menjawab : “Aku terus melaksanakan solat hingga aku mengingat tempat wang tersebut, serta bila air menghanyutkannya dan bagaimana air tersebut mengalir, begitulah aku teliti masalah tersebut dan aku pertimbangkan, maka aku pun dapat mengetahui tempat wang tersebut.” Imam Abu Hanifah tertawa dan berkata : “Demi Allah, kamu telah mengetahui bagaimana syaitan tidak akan meninggalkanmu dan membiarkanmu menyempurnakan malammu bersama Tuhanmu.”

Dengan gambaran ini, tentunya engkau mengetahui musuhmu yang pertama yang memerangimu hingga engkau tidak berjalan pada jalan kecintaan terhadap Allah, dia akan menghiasimu dengan segala rayuan agar engkau meninggalkan jalan tersebut. Sebagaimana ia telah menipu Adam a.s. maka dia pun diharamkan dari syurga. Sejak peristiwa tersebut, keturunan Adam terus berperang dengan keturunan Iblis. Allah telah memperingatkan kita:
“Wahai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana dia telah mengeluarkan kedua orang tuamu dari syurga, dia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada kedua auratnya.” (Al-A’raf, 27)
Allah SWT telah memperingatkan kita mengenai fitnah syaitan. Fitnah adalah ujian dan cubaan, jika kita berjaya maka tidak akan terjadi kerosakan namun, kerosakan itu terjadi jika kita terjatuh kepada fitnah. Fitnah bukanlah buruk ataupun baik, namun, ia adalah ujian untuk mendatangkan kebaikan jika kamu berjaya menghadapinya. Akan tetapi, ia akan mendatangkan keburukan jika kamu gagal dalam menghadapinya.


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Blog Penjana Minda Strategik All Rights Reserved