PMS! Pertandingan Robot Soccer 5th FIRA Malaysia Cup 2011, POLIMAS!

on Thursday, 14 July 2011


Politeknik Johor Bahru (PJB) dan Politeknik Kota Bharu (PKB) akan mewakili Malaysia pada pertandingan Pertubuhan Bola Sepak Robot Antarabangsa (FIRA) di Taiwan dari 26-30 Ogos ini.

Pemilihan kedua-dua politeknik itu berikutan kejayaan PJB dan PKB, masing-masing muncul juara dan naib johan pertandingan FIRA Malaysia 2011 di Politeknik Sultan Abdul Halim Alor Setar (POLIMAS) di sini Rabu. Pertandingan bermula Sabtu lepas disertai 20 politeknik dan dua buah universiti dari seluruh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik merangkap Presiden FIRA Malaysia, Mejar (K) Md Nor Yusof berkata pertandingan tersebut mengetengahkan bidang automasi robot yang menguji kebijaksanaan dan kreativiti pelajar.

"Pertandingan ini menjadi strategi bagi merubah dan merangsang pemikiran kreatif serta inovatif pelajar supaya mampu bersaing di peringkat antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan piala pusingan FIRA Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata pada pertandingan tahun lepas di Bangalore, India, pasukan negara berjaya menduduki tempat ketiga.


Sementara itu pengurus pasukan PJB, Hairizan Adam yang juga pensyarah kejuruteraan mekanikal berkata kelemahan yang dikenal pasti pada pertandingan ini akan dipertingkatkan untuk menyaingi pasukan hebat terutama dari United Kingdom, China, Korea dan Amerika Syarikat pada pertandingan itu nanti.

Pertandingan FIRA menggunakan robot sebagai pemain bola sepak yang diprogramkan dan membolehkan robot bertindak sendiri tanpa arahan manusia untuk menyerang dan mempertahankan gol daripada dibolosi.


Keputusan FIRA Tournaments edisi ke 5 di POLIMAS Jitra kedah:-
Juara - Politeknik Johor Bahru ( PJB )
Naib Johan - Politeknik Kota Bahru ( PKB )
Ketiga - Politeknik Ungku Omar ( PUO )
Keempat - Politeknik Muazam Shah ( PMS )
Apa yang boleh dibanggakan di sini, Politeknik Muadzam Shah merupakan satu-satunya wakil politeknik yang menggunakan robot jenis Merlin yang mara ke Separuh Akhir yang kemudiannya tewas ditangan Politeknik Ungku Omar dengan keputusan 19-1 pada perlawanan tempat ketiga dan keempat..

Berikut merupakan rentetan perlawanan dan keputusan yang berjaya dicapai oleh PMS:-

Peringkat Kumpulan
PMS vs PTSB - 4-0
PMS vs PMM - 4-0
PMS vs POLISAS - 1-1

Suku Akhir
PMS vs PMSZA - 6-0

Separuh Akhir
PMS vs PJB - 1-5

Penentuan tempat Ketiga dan Keempat
PMS vs PUO - 1-19

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Robot Merlin Politeknik Muadzam Shah kerana telah berjaya mengharumkan nama Politeknik Muadzam Shah di peringkat kebangsaan.. bagi pihak pelajar-pelajar PMS dan seluruh warga PMS mengucapkan tahniah kepada Azri Rafiuddin, Lim Kian Hong dan Rismaizal serta Cik Rafizah Ab Rahman, Cik Rafidah Ab Rahman, Siti Hadijah binti Norsani serta En. Shaiful dari JKM atas kejayaan anda..

Sumber: KOSMO ONLINE
Sumber: BERNAMA
Sumber: FIRA Fanpage


Ranking: 5

{ 6 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

tahniah PMS...!!


15 July 2011 at 01:39
Saiful Bahri said...

tahniah PMS....kita cuba tahun depan....pasti boleh!!


23 July 2011 at 09:03
Penjana Minda Strategik said...

InsyaAllah nanti kita leh menang..yang pasti peserta jangann nak main-main..time berlatih..buat betul-betul..


25 July 2011 at 20:11
Fahmi said...

waw!!!!!!!awesome!!haha


1 October 2011 at 06:25
Fahmi said...

waw!!!!!!!awesome!!haha


1 October 2011 at 06:25
 
© Blog Penjana Minda Strategik All Rights Reserved