Perhimpunan Bulanan PMS bulan Ogos 2011 kali ini telah dianjurkan oleh
Jabatan Pengajian Am dan Unit Sukan & Kokurikulum pada 19 Ogos 2011
bertempat di Dewan Kuliah Utama PMS. Perhimpunan kali ini disambut
meriah dengan semangat kemerdekaan dari semua warga PMS. Tahniah
diucapkan kepada Jabatan Pengajian AM dan Unit Belia & Sukan diatas
penganjurannya kali ini.
Showing posts with label Perhimpunan Bulanan PMS. Show all posts
Showing posts with label Perhimpunan Bulanan PMS. Show all posts
Home > Posts filed under Perhimpunan Bulanan PMS
PMS! Perhimpunan Bulanan Ogos - JPA (Gambar)
Ditulis oleh Penjana Minda Strategik on Thursday, 8 September 2011 at 18:07
PMS! Perhimpunan Bulanan Kakitangan PMS Bulan Mei 2011
Ditulis oleh Penjana Minda Strategik on Monday, 13 June 2011 at 17:27
Alhamdulillah, pertamanya Admin PMS ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja 2011. Berjumpa lagi dalam lembaran baru Blog Politeknik Muadzam Shah. Kali ini Admin BPMS akan memberikan sedikit input mengenai Perhimpunan Bulanan Kakitangan yang telah dianjurkan oleh Jabatan Perdagangan pada 3 Jun yang baru lalu. Seperti biasa, Perhimpunan Bulanan ini diadakan di Dewan Kuliah Utama 1.
Seperti mana lazimnya Perhimpunan Bulanan, ianya dimulakan dengan doa, ikrar integrity dan seterusnya nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Pahang. Seterusnya adalah ucapan dari Pengarah Politeknik Muadzam Shah, Tn. Hj. Rosli bin Hamid.
Sedikit maklumat mengenai ucapan beliau yang mana beliau melahirkan sedikit kekecewaan apabila ramai daripada kakitangan PMS masih tidak faham apa yang dimaksudkan dengan “Transformasi”. Dan sebelum Perhimpunan Bulanan PMS sebenarnya Unit Penyelidikan dan Inovasi telah mengedarkan borang kali selidik berkenaan dengan “Transformasi”. Apa yang boleh dirumuskan oleh Pengarah ianya agak mengecewakan disebabkan masih ramai lagi staf kita yang masih belum faham dengan apa yang diperjuangkan oleh Politeknik dalam erti kata sebenar “Transformasi”. Kemudian dalam ucapannya itu beliau sekali lagi menerangkan maksud transformasi dan memberikan contoh-contoh serta fakta mudah agar staf PMS mampu memahami apa yang Politeknik seluruh Malaysia perjuangkan sekarang.
Beliau juga menyebut mengenai Politeknik Premier yang mungkin akan ditambah bilangannya. Oleh itu, staf PMS perlu berusaha bagi mencapai matlamat tersebut. Dan bukannya kekal sebagai politeknik biasa sahaja. “Kita juga mampu untuk bergelar Politeknik Premier” Katanya lagi.
Antara lain aktiviti yang telah dijalankan disepanjang Majlis Perhimpunan Bulanan pada hari itu adalah penyampaian cenderahati kepada staf yang menyambut ‘birthday’..di samping menyampaikan cenderahati kepada staf yang menimang cahaya mata dan berkahwin. Tahniah kepada penerima cenderahati. Dan tidak lupa juga, atas saranan kerajaan PMS telah menganugerahkan Anugerah Pekerja Contoh bagi bulan April adalah Pn. Azalila binti Shahdan dari Unit Kewangan dan En. Mohd. Zainal bin Mat Il dari Jabatan Perdagangan. Tahniah kepada pemenang dan semoga anugerah yang telah diberikan kepada staf sebagai pengiktirafan usaha dan sumbangan mereka dalam organisasi mejadi pembakar semangan kepada kakitangan lain untuk lebih bermotivasi untuk menjalankan tugas seikhlasnya. Sekaligus dapat merealisasikan perjuangan transformasi yang dicanang-canangkan Pengarah kita, Tn. Hj. Rosli bin Hamid.
Sebelum mengakhiri majlis, PMS menjemput Tn. Hj. Che Shamsul bin Ibrahim yang merupakan Pengurus Zon Kuantan Pusat Pungutan Zakat Pahang untuk memberikan sedikit taklimat berkenaan zakat. So, kepada yang layak berdasarkan kriteria-kriteria yang telah dikemukakan samaada dalam brochure ataupun penerangan semasa taklimat. Anda bolehlah buat melalui potongan gaji. Jangan pula tuan-tuan/ puan-puan tak bayar zakat yer!. Cepat-cepatlah buat potongan gaji. Dan yang mahu menambah pembayaran zakat, anda bolehlah berhubung terus dengan Pusat Kutipan Zakat Muadzam Shah ataupun melalui En. Muhammad Rafie bin Hamzah.
PMS! Perhimpunan Bulanan Kakitangan Politeknik Muadzam Shah April 2011
Ditulis oleh Penjana Minda Strategik on Tuesday, 7 June 2011 at 09:20
Hai Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
22 April 2011 - Berjumpa lagi di lembaran baru Blog Politeknik Muadzam Shah dalam episod pada kali ini adalah..Perhimpunan Bulanan Kakitangan PMS yang telah dianjurkan dengan jayanya oleh Jabatan Matematik, Sains dan Komputer bertempat di Dewan Kuliah Utama 1 yang indah ithoooo...Seperti biasa tentatif perjalanan majlis adalah sama dengan mana-mana perhimpunan bulanan kakitangan sebelum-sebelum ini..namun pada kali ini agak berlainan sedikit kerana PBKPMS kali ini dimulai dengan sedikit perkongsian maklumat, informasi dan idea dari Pegawai Unit Penyelidikan dan Inovasi..
Secara ringkasnya beliau memperihalkan tentang perlunya innovation dan pelbagai lagi sudut pandang dan sumbang saran yang begitu menarik..kemudian terdapatnya cadangan untuk membentuk satu ruangan untuk di bukukan yang akan mengandungi pelbagai maklumat menarik seperti cerpen, puzzle dan macam-macam lagi karya berbentuk research serta perkongsian pengetahuan dan ilmu..mengikut dari apa yang disampaikan tadi..ianya akan diberi judul "Digest"..dan setiap muka surat pada halaman digest berkenaan adalah berwarna..Namun begitu penggunaan kertas untuk tujuan percetakan dan penerbitan bukan lagi pilihan utama bagi golongan professional PMS..mereka lebih mengutamakan penggunaan slogan "go green" seperti yang telah disampaikan oleh Pengarah PMS sebentar tadi..
Berkait dengan itu, Buletin Info-lib tak sempat untuk dilaksanakan penerbitannya atas beberapa faktor yang tidak memungkinnya untuk menjadi kenyataan..kecewa memanglah kecewa..namun keputusan dibuat berdasarkan peratusan kebarangkalian ianya (buletin) akan diterima tanpa berlakunya pembaziran..dan keputusan itu boleh terima mengambil kira dengan apa yang dikatakan pengarah: "kalau kita buat macam mana pun cantik pamplet atau buletin..tapi kalau dah hati manusia itu kata ianya tidak bermaklumat dan tidak ingin membacanya walhal kandungannya begitu bermakna dan penting sebagai informasi..benda itu xkan berjaya mengubah hati manusia dari membuang, membiarkan pamplet dan karya-karya tersebut ke dalam tong sampah atau di atas meja" Maka disinilah berlakunya pembaziran..tidak kurang juga yang memberikan pendapat dengan menggunakan email rasmi politeknik sebagai medium penerbitan dan penyiaran karya-karya seperti buletin..namun adakah ianya berhasil?berapa ramai yang akan bukak email setiap hari dan kemudiannya membaca buletin itu?setiap hari kita mendengar rungutan dari penjawat awam yang berkata, "macam mana nak bukak email..nak login pun xboleh (sambil menyalahkan masalah internet yang xpernah selesai)..kalau itulah cadangannya "go green" xkan pernah berjaya..ada juga yang menyatakan pendapat dengan mencadangkan ianya perlu di "publish" kan kat Laman Web rasmi politeknik..aku nak tanya pendapat korang semua lah..adakah laman web http://www.polimuadzam.edu.my/ menarik?dan sejauh mana ianya boleh menarik minat anda untuk membaca makumat didalamnya?mesti anda akan kata oh tidak..oh god..or whatever..
Berbalik kepada PBKPMS..pelbagai adegan-adegan dan panorama menarik menghiasi majlis pada petang tadi..wah sekarang majlis PBKPMS dah ada anugerah tau..anugerah kakitangan cemerlang bulanan gehtoooo..heyyvattt..dan pada bulan ini penerimanya adalah..Tn. Hj. Abdullah Azraai bin Hasan dan En. Jumari bin Hj. Parjo..tahniah kepada para penerima anugerah..dan yang sangat2 "best"nyerrr hadiah untuk meraikan hari kelahiran kakitangan dah berubah laaa..kalau dulu hadiahnya adalah set cawan yang sangat "chanteQ" itew..kini dah bertukar wajah...LILIN gehtoooo..sangat "chanteQ" sekurang-kurangnya xde la staf yang dah duk kat PMS ni selama 10 tahun dapat hadiah set cawan yang sangat "mahal" tu berulangkali..mintak maaf yerrr PKPMS..saje jewww..tahniah atas perubahan yang anda lakukan..dan semoga makin ramai staf yang akan bayar yuran PKPMS yang sangat "Mahal" itu iaitu sebanyak RM3.00 sebulan.."mahal" sangat kan sampai ada orang yang xmampu bayar tapi mampu beli rokok yang berharga lebih RM10.00 sekotak..
Oklah setakat itu jelah admin nak kongsikan..nanti aku uploadkan gambar k..xsempat lahhh...sorilaa dari awal tadi ayat skema jorhhh..tapi dah penghujung ni kan hagaq keji sikit ayatnyerrr...ok babai sume..enjoyyy!!!!!
P/s: Minta maaf kalau ada terkasar bahasa..sekadar gurauan dan perkongsian ilmu




