Alhamdulillah, pertamanya Admin PMS ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja 2011. Berjumpa lagi dalam lembaran baru Blog Politeknik Muadzam Shah. Kali ini Admin BPMS akan memberikan sedikit input mengenai Perhimpunan Bulanan Kakitangan yang telah dianjurkan oleh Jabatan Perdagangan pada 3 Jun yang baru lalu. Seperti biasa, Perhimpunan Bulanan ini diadakan di Dewan Kuliah Utama 1.
Seperti mana lazimnya Perhimpunan Bulanan, ianya dimulakan dengan doa, ikrar integrity dan seterusnya nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Pahang. Seterusnya adalah ucapan dari Pengarah Politeknik Muadzam Shah, Tn. Hj. Rosli bin Hamid.
Sedikit maklumat mengenai ucapan beliau yang mana beliau melahirkan sedikit kekecewaan apabila ramai daripada kakitangan PMS masih tidak faham apa yang dimaksudkan dengan “Transformasi”. Dan sebelum Perhimpunan Bulanan PMS sebenarnya Unit Penyelidikan dan Inovasi telah mengedarkan borang kali selidik berkenaan dengan “Transformasi”. Apa yang boleh dirumuskan oleh Pengarah ianya agak mengecewakan disebabkan masih ramai lagi staf kita yang masih belum faham dengan apa yang diperjuangkan oleh Politeknik dalam erti kata sebenar “Transformasi”. Kemudian dalam ucapannya itu beliau sekali lagi menerangkan maksud transformasi dan memberikan contoh-contoh serta fakta mudah agar staf PMS mampu memahami apa yang Politeknik seluruh Malaysia perjuangkan sekarang.
Beliau juga menyebut mengenai Politeknik Premier yang mungkin akan ditambah bilangannya. Oleh itu, staf PMS perlu berusaha bagi mencapai matlamat tersebut. Dan bukannya kekal sebagai politeknik biasa sahaja. “Kita juga mampu untuk bergelar Politeknik Premier” Katanya lagi.
Antara lain aktiviti yang telah dijalankan disepanjang Majlis Perhimpunan Bulanan pada hari itu adalah penyampaian cenderahati kepada staf yang menyambut ‘birthday’..di samping menyampaikan cenderahati kepada staf yang menimang cahaya mata dan berkahwin. Tahniah kepada penerima cenderahati. Dan tidak lupa juga, atas saranan kerajaan PMS telah menganugerahkan Anugerah Pekerja Contoh bagi bulan April adalah Pn. Azalila binti Shahdan dari Unit Kewangan dan En. Mohd. Zainal bin Mat Il dari Jabatan Perdagangan. Tahniah kepada pemenang dan semoga anugerah yang telah diberikan kepada staf sebagai pengiktirafan usaha dan sumbangan mereka dalam organisasi mejadi pembakar semangan kepada kakitangan lain untuk lebih bermotivasi untuk menjalankan tugas seikhlasnya. Sekaligus dapat merealisasikan perjuangan transformasi yang dicanang-canangkan Pengarah kita, Tn. Hj. Rosli bin Hamid.
Sebelum mengakhiri majlis, PMS menjemput Tn. Hj. Che Shamsul bin Ibrahim yang merupakan Pengurus Zon Kuantan Pusat Pungutan Zakat Pahang untuk memberikan sedikit taklimat berkenaan zakat. So, kepada yang layak berdasarkan kriteria-kriteria yang telah dikemukakan samaada dalam brochure ataupun penerangan semasa taklimat. Anda bolehlah buat melalui potongan gaji. Jangan pula tuan-tuan/ puan-puan tak bayar zakat yer!. Cepat-cepatlah buat potongan gaji. Dan yang mahu menambah pembayaran zakat, anda bolehlah berhubung terus dengan Pusat Kutipan Zakat Muadzam Shah ataupun melalui En. Muhammad Rafie bin Hamzah.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment