Showing posts with label Poly Idol. Show all posts
Showing posts with label Poly Idol. Show all posts

PMS! Al-kisah Festival Kesenian dan Kebudayaan peringkat Kebangsaan PMS

on Thursday, 14 July 2011

Pada hari ini atau esok sepatutnya team penyanyi Lagu-lagu Rakyat Politeknik Muadzam Shah akan bertolak ke Politeknik Ungku Omar untuk menyertai Festival Kesenian dan Kebudayaan Kebangsaan yang akan diadakan pada hari Jumaat hingga Ahad minggu ini.

 Ain, Bella, Ammar, Rozita dan Maryanti

Pasukan penyanyi Lagu-lagu Rakyat PMS terdiri daripada 6 orang pelajar yang begitu berbakat dalam bidang nyanyian..selain bijak dalam bidang masing-masing mereka berkongsi minat yang sama iaitu dalam bidang nyanyian..ini terbukti dengan 5 daripada mereka pernah menyertai POLY IDOL yang diadakan di PMS baru-baru ini..semuanya mendapat komen positif dari juri even yang dapat saguhati sekalipun..mereka adalah Adik Rozita, Bella, Ammar, Ain, Maryanti dan Najwa Izzati (semua kecik-kecik tapi berbakat)..

Berbalik kepada tajuk asal..mereka berenam sebenarnya telah lama dimaklumkan oleh Ms Lee Pui Har berkenaan dengan pertandingan yang bakal diadakan itu..dengan semangat dan atas minat terhadap lagu-lagu rakyat di samping ingin mengembangkan bakat yang sedia ada..mereka telah pun mua berlatih..dengar khabar Lagu-lagu Rakyat yang bakal mereka bawa adalah lagu Makwe Koi dan Menghilir di Sungai Pahang..kenapa lagu ini? Sebab kita membawa nama PMS dan negeri Pahang itu sebabnya kedua-dua lagu ini dipilih..dan khabarnya mereka berenam telah pun merangka beberapa strategi bagi memancing markah juri..ada yang menari..ada yang berlakon disusuli dengan nyanyian..perghhhh!!!kalau jadi ni..’konfem’ mesti gempak (hope so)..

Sebagai jurulatih merangkap pengurus kumpulan dan pasukan sudah tentunya amat mengharapkan pengorbanan dan latihan mereka membuahkan hasil..dengan dibantu oleh Abg. Yazid Yahya – guru tarian (gitew) sudah tentunya menjanjikan persembahan yang hebat nanti..

Namun semuanya serba tidak menjadi apabila Pn. Mazwina Hanim (Pegawai HEP) memaklumkan kepada saya yang pasukan ini terpaksa dibatalkan penyertaannya atas sebab-sebab pada masa itu (Jumaat) tidak ada ‘kenderaan’ yang akan membawa mereka ke PUO..sedih pula mendengarnya..dah lah letih berlatih tapi tak dapat nak bertanding pula..

Kepada adik-adik yang hensem, comel dan kiut miut..korang jangan risau yer..mungkin ini bukan rezeki korang..nanti ada pertandingan lain walaupun peringkat politeknik sekalipun korang tetap berpeluang untuk mengembangkan bakat anda apatah lagi diperingkat yang lebih tinggi…jangan risau..akan sentiasa ada orang yang memantau bakat-bakat anda..nanti ada masa saya bawa korang sume nyanyi dalam studio ok? Kan polimuadzam dah ada studio rakaman..hehehehe..

Apapun, dipihak kami..kami minta maaf atas kesulitan yang dialami..kepada nama-nama yang tidak disebutkan di atas minta maaf yerr..bukan tak nak tulis (taip) tapi tak ingat nama (pensyarah yang terlibat)..

PMS! Poly Idol!

on Thursday, 23 June 2011


1 Mac 2011 - Bertempat di Dewan Kuliah Utama PMS, Kelab Kesenian dan Kebudayaan telah menganjurkan sebuah program berbentuk hiburan iaitu “Poly Idol”. Program ini dianjurkan bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian disamping merupakan salah satu aktiviti kelab berkenaan. Program pada malam itu telah diadili oleh 4 orang juri iaitu En. Azri Abd. Rajid (Vokal), En. Yazid bin Yahya (Gaya), Cik Mazwina Hanim binti Abu Bakar (Pakaian) dan Lee Pui Har (Persembahan) sebagai ketua juri.


Seramai 10 orang peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Sembilan daripadanya merupakan peserta perempuan dan hanya seorang sahaja peserta lelaki.

Seperti juga rancangan realiti TV, format “Poly Idol” seakan-akan sama dengan format rancangan realiti TV yang lain. Dua orang peserta telah dipilih berdasarkan markah yang telah mereka perolehi dan undian berbentuk “Missed Call” dijalankan bagi mencari siapakan yang bergelar “Poly Idol”.

Dengan mendapat markah 76% dan undian (missed call) sebanyak 40, adik Farah Ain berjaya dinobatkan sebagai “Poly Idol” yang buat julung kali diadakan di Politeknik Muadzam Shah.

Selain gelaran utama, pertandingan pada malam itu juga menyaksikan para peserta berentap untuk memenangi kategori Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik. Kedua-dua kategori ini  masing-masing dimenangi oleh adik Maryanti (Kamelia) dan adik Muhammad Ammar (Suci Dalam Debu).

Pada malam itu juga, majlis diserikan lagi dengan kehadiran Cik Mazwina Hanim binti Abu Bakar (Peg. Hal-Hal Pelajar) yang juga bertindak sebagai juri disamping persembahan nyanyian dari wakil kakitangan PMS. 

P/s: Atas sebab-sebab Buletin tak dapat diedarkan..artikel ini terpaksa di re-post kan semula untuk tatapan pembaca.
 
© Blog Penjana Minda Strategik All Rights Reserved