1 Mac 2011 - Bertempat di Dewan Kuliah Utama PMS, Kelab Kesenian dan Kebudayaan telah menganjurkan sebuah program berbentuk hiburan iaitu “Poly Idol”. Program ini dianjurkan bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian disamping merupakan salah satu aktiviti kelab berkenaan. Program pada malam itu telah diadili oleh 4 orang juri iaitu En. Azri Abd. Rajid (Vokal), En. Yazid bin Yahya (Gaya), Cik Mazwina Hanim binti Abu Bakar (Pakaian) dan Lee Pui Har (Persembahan) sebagai ketua juri.
Seramai 10 orang peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Sembilan daripadanya merupakan peserta perempuan dan hanya seorang sahaja peserta lelaki.
Seperti juga rancangan realiti TV, format “Poly Idol” seakan-akan sama dengan format rancangan realiti TV yang lain. Dua orang peserta telah dipilih berdasarkan markah yang telah mereka perolehi dan undian berbentuk “Missed Call” dijalankan bagi mencari siapakan yang bergelar “Poly Idol”.
Dengan mendapat markah 76% dan undian (missed call) sebanyak 40, adik Farah Ain berjaya dinobatkan sebagai “Poly Idol” yang buat julung kali diadakan di Politeknik Muadzam Shah.
Selain gelaran utama, pertandingan pada malam itu juga menyaksikan para peserta berentap untuk memenangi kategori Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik. Kedua-dua kategori ini masing-masing dimenangi oleh adik Maryanti (Kamelia) dan adik Muhammad Ammar (Suci Dalam Debu).
Pada malam itu juga, majlis diserikan lagi dengan kehadiran Cik Mazwina Hanim binti Abu Bakar (Peg. Hal-Hal Pelajar) yang juga bertindak sebagai juri disamping persembahan nyanyian dari wakil kakitangan PMS.
P/s: Atas sebab-sebab Buletin tak dapat diedarkan..artikel ini terpaksa di re-post kan semula untuk tatapan pembaca.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment