PMS! Perhimpunan Bulanan Kakitangan Politeknik Muadzam Shah April 2011

on Tuesday 7 June 2011

Hai Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

22 April 2011 - Berjumpa lagi di lembaran baru Blog Politeknik Muadzam Shah dalam episod pada kali ini adalah..Perhimpunan Bulanan Kakitangan PMS yang telah dianjurkan dengan jayanya oleh Jabatan Matematik, Sains dan Komputer bertempat di Dewan Kuliah Utama 1 yang indah ithoooo...Seperti biasa tentatif perjalanan majlis adalah sama dengan mana-mana perhimpunan bulanan kakitangan sebelum-sebelum ini..namun pada kali ini agak berlainan sedikit kerana PBKPMS kali ini dimulai dengan sedikit perkongsian maklumat, informasi dan idea dari Pegawai Unit Penyelidikan dan Inovasi..

Secara ringkasnya beliau memperihalkan tentang perlunya innovation dan pelbagai lagi sudut pandang dan sumbang saran yang begitu menarik..kemudian terdapatnya cadangan untuk membentuk satu ruangan untuk di bukukan yang akan mengandungi pelbagai maklumat menarik seperti cerpen, puzzle dan macam-macam lagi karya berbentuk research serta perkongsian pengetahuan dan ilmu..mengikut dari apa yang disampaikan tadi..ianya akan diberi judul "Digest"..dan setiap muka surat pada halaman digest berkenaan adalah berwarna..Namun begitu penggunaan kertas untuk tujuan percetakan dan penerbitan bukan lagi pilihan utama bagi golongan professional PMS..mereka lebih mengutamakan penggunaan slogan "go green" seperti yang telah disampaikan oleh Pengarah PMS sebentar tadi..

Berkait dengan itu, Buletin Info-lib tak sempat untuk dilaksanakan penerbitannya atas beberapa faktor yang tidak memungkinnya untuk menjadi kenyataan..kecewa memanglah kecewa..namun keputusan dibuat berdasarkan peratusan kebarangkalian ianya (buletin) akan diterima tanpa berlakunya pembaziran..dan keputusan itu boleh terima mengambil kira dengan apa yang dikatakan pengarah: "kalau kita buat macam mana pun cantik pamplet atau buletin..tapi kalau dah hati manusia itu kata ianya tidak bermaklumat dan tidak ingin membacanya walhal kandungannya begitu bermakna dan penting sebagai informasi..benda itu xkan berjaya mengubah hati manusia dari membuang, membiarkan pamplet dan karya-karya tersebut ke dalam tong sampah atau di atas meja"  Maka disinilah berlakunya pembaziran..tidak kurang juga yang memberikan pendapat dengan menggunakan email rasmi politeknik sebagai medium penerbitan dan penyiaran karya-karya seperti buletin..namun adakah ianya berhasil?berapa ramai yang akan bukak email setiap hari dan kemudiannya membaca buletin itu?setiap hari kita mendengar rungutan dari penjawat awam yang berkata, "macam mana nak bukak email..nak login pun xboleh (sambil menyalahkan masalah internet yang xpernah selesai)..kalau itulah cadangannya "go green" xkan pernah berjaya..ada juga yang menyatakan pendapat dengan mencadangkan ianya perlu di "publish" kan kat Laman Web rasmi politeknik..aku nak tanya pendapat korang semua lah..adakah laman web http://www.polimuadzam.edu.my/ menarik?dan sejauh mana ianya boleh menarik minat anda untuk membaca makumat didalamnya?mesti anda akan kata oh tidak..oh god..or whatever..

Berbalik kepada PBKPMS..pelbagai adegan-adegan dan panorama menarik menghiasi majlis pada petang tadi..wah sekarang majlis PBKPMS dah ada anugerah tau..anugerah kakitangan cemerlang bulanan gehtoooo..heyyvattt..dan pada bulan ini penerimanya adalah..Tn. Hj. Abdullah Azraai bin Hasan dan En. Jumari bin Hj. Parjo..tahniah kepada para penerima anugerah..dan yang sangat2 "best"nyerrr hadiah untuk meraikan hari kelahiran kakitangan dah berubah laaa..kalau dulu hadiahnya adalah set cawan yang sangat "chanteQ" itew..kini dah bertukar wajah...LILIN gehtoooo..sangat "chanteQ" sekurang-kurangnya xde la staf yang dah duk kat PMS ni selama 10 tahun dapat hadiah set cawan yang sangat "mahal" tu berulangkali..mintak maaf yerrr PKPMS..saje jewww..tahniah atas perubahan yang anda lakukan..dan semoga makin ramai staf yang akan bayar yuran PKPMS yang sangat "Mahal" itu iaitu sebanyak RM3.00 sebulan.."mahal" sangat kan sampai ada orang yang xmampu bayar tapi mampu beli rokok yang berharga lebih RM10.00 sekotak..

Oklah setakat itu jelah admin nak kongsikan..nanti aku uploadkan gambar k..xsempat lahhh...sorilaa dari awal tadi ayat skema jorhhh..tapi dah penghujung ni kan hagaq keji sikit ayatnyerrr...ok babai sume..enjoyyy!!!!!

P/s: Minta maaf kalau ada terkasar bahasa..sekadar gurauan dan perkongsian ilmu
Ranking: 5

{ 3 comments... read them below or add one }

shaysea said...

check out here blog link article source Related Site Look At This Dolabuy Louis Vuitton


13 June 2022 at 11:44
stilee said...

official website official source look what i found straight from the source Source weblink


24 July 2022 at 23:18
 
© Blog Penjana Minda Strategik All Rights Reserved