PMS! Perhimpunan Bulanan Kakitangan Politeknik Muadzam Shah Jun 2011

on Monday 27 June 2011



Alhamdulillah..bersyukur kita dapat bertemu lagi dilembaran baru dalam entri terbaru Blog PMS..kali ini Admin ingin kongsikan sedikit ceritera Perhimpunan Bulanan Kakitangan PMS sesi Jun 2011..pertamanya Admin BPMS ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas komen dan ucapan tahniah dari Pengarah Politeknik atas usaha mewujudkan Blog PMS ini. Cumanya Pengarah mengingatkan agar jangan cuba “menyeleweng” pula..yelaa mentang-mentanglah blog kan..(admin terima dengan hati terbuka sambil memikirkan kesilapan lalu)..apapun Admin sekali lagi ucapkan jutaan terima kasih atas ucapan tahniah itu. Oklah lupakan pasal tu..kita terus ke ceritera Perhimpunan Bulanan Kakitangan PMS Sesi Jun 2011.


Dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Pn. Rosliza binti Nawi..suara bak pembaca berita Radio Televisyen Malaysia Mariamah Tijo..kemudian mempersilakan Mawar Berduri aka Backstreet Back untuk memimpin bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku, Negeri Pahang dan Lagu Politeknik..seterusnya menjemput En. Afriwizal aka Bujal untuk memimpin bacaan ikrar..selesai sahaja ikrar integrity dilafazkan..Pengacara majlis pun menjemput Tn. Hj. Rosli bin Hamid Pengarah PMS untuk menyampaikan ucapan..pada kali ini, Pengarah PMS membawa tajuk ucapan pentingnya inovasi dan kreativiti..beliau juga mengingatkan betapa pentingnya kedua-dua kriteria itu lebih-lebih lagi kepada para pensyarah..selain itu, pensyarah juga diingatkan agar kreatif dalam mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran..jangan kalau nak mengajar asyik duduk kat depan je..tak nak berjalan ke sana-sini (maksudnya dalam kelas)..dan inovasi serta kreativiti ini bukan sahaja melibatkan pensyarah sahaja malah kakitangan sokongan juga perlu kreatif serta berinovasi dalam menjalankan tugas.


Seterusnya berita baik kepada para pensyarah kerana tak lama lagi mereka akan dibekalkan dengan laptop dan berita baik itu disusuli dengan peringatan kepada pensyarah kerana laptop yang dibekalkan itu adalah atas nama dan tanggungjawab pensyarah/ peminjam..

Pengarah kemudiannya mengumumkan, bahawa internet politeknik akan dipertingkatkan ke 10mbps..dan tarikh bagi perlaksanaan projek itu belum ditentukan lagi..Oleh itu diminta bersabar yer wahai warga PMS.. dan satu lagi nasihat Pengarah adalah bila politeknik sudah memperolehi 10mbps internet..maka gunakanllah sebaik mungkin..Antara lain, kalau Admin tak salah dengar..wifi akan dibekalkan di seluruh PMS..pada yang nak menggunakan perkhidmatan WIFI perlulah berhubung dengan pihak UICT untuk mendapatkan username dan password..

Kepada yang mempunyai Facebook, Twitter..pendek kata yang mempunyai rangkaian social networking..sekatan ke atas social networking akan ditarik balik dan hanya akan dibuka pada waktu tertentu sahaja..sebagai contoh..sekatan itu akan dibuka pada waktu rehat pukul 1 – 2pm dan selepas pukul 5pm sehingga pukul 7am keesokan harinya..guna baik-baik yerrr..(tangan ke dada mata ke atas)..namun begitu,sekatan terhadap laman web yang melibatkan video streaming tidak akan dibuka setakat ini..isu sekatan ini masih lagi dalam perbincangan..so bawa bersabar..

Pengarah kemudiannya mengakhiri ucapan dengan sedikit peringatan kepada sesiapa jua yang mempunyai akaun social networking..dan kemudiannya mengucapkan tahniah kepada Cik Nurul Wahida serta En. Mohd. Firdaus kerana menjadi pembentang terbaik dalam seminar penyelidikan..Tahniah diucapkan kerana telah Berjaya menaikkan nama Politeknik Muadzam Shah..

 Selesai sahaja ucapan, acara seterusnya dilaksanakan dengan penyampaian Anugerah Pekerja Contoh PMS bagi bulan Jun..dan tahniah diucapkan kepada Pn. Rosni binti Yusuff dan En. Saharipuddin bin Mat Yasin atas anugerah itu..semoga ianya akan menjadi motivasi kepada kakitangan lain agar lebih berusaha dalam menjalankan tugas..tidak lupa juga penyampaian cenderahati PKPMS kepada En. Hasril dan Pn Suraini kerana kehilangan insan tersayang..Al-Fatihah..serta penyampaian cenderahati kepada yang menyambut hari lahir pada bulan Jun.

Sekali lagi suara bak pemberita radio Pn Rosliza binti Nawi berkumandang menutup Majlis Perhimpunan Bulanan PMS Jun 2011. Tahniah diucapkan kepada Unit Pembangunan dan Penyenggaraan atas kejayaan menganjurkan perhimpunan ini. Tahniah sekali lagi!

P/s: Admin ingin memohon maaf seandainya ada tersilap fakta dalam merencanakan entri ini..sila perbetulkan seandainya ada yang tersilap..apapun..sedaplaaaa Mi Kung Fu petang tadi..Yazid Yahya nak tapau aka bungkus tapi dah habissss..
Ranking: 5
 
© Blog Penjana Minda Strategik All Rights Reserved