PMS! Baju Korporat PMS?

on Monday 27 June 2011

Design Admin 6 tahun lepas (masa tak pandai design)

Mmmmm..bukan nak memperkecilkan design baju korporat yang dibentangkan semalam..tapi pemilihan warna sepert warna kuning sebenarnya tidak menammpakkan ianya adalah warna korporat..design pada Admin tak de masalah..hanya pemilihan warna sahaja yang menjadi masalah..

Design Admin 6 tahun lepas (masa tak pandai design)

Ingat jangan nanti baju korporat kita dijadikan bahan jenaka suatu ketika nanti..upss terlebih sudaaa..macam semalam, semasa proses pemilihan aka undian  untuk pemilihan baju korporat..Admin terdengar cakap-cakap hamvoihh macam Mak Cemah lah pula..terdengar desas-desus ramai diantara staf kita yang tak puas hati dengan design yang diberikan..dan ramai daripada kaum Adam memilih design No.1 walhal ianya design baju untuk staf wanita..dan ada diantara kita yang mentertawakan design baju berwarna kuning..bukan untuk mengeruhkan lagi keadaan..cuma inilah saja ruang untuk kita menyampaikan rasa tidak puas hati walaupun sebenarnya ada medium yang lebih sesuai untuk menzahirkan "ketidakpuasanhati" itu.

Dan ramai diantara kita, Admin percaya kakitangan lelaki khususnya menanda pada ruangan TIADA PILIHAN..ruangan ini juga bukan untuk mngecilkan kredibiliti pereka cipta design..cuma menegur akan penggunaan warna..design pada Admin tak de masalah..cuma penggunaan dan pemilihan warna sahaja yang perlu diperbaiki.

Baju korporat sebenarnya tak perlu sarat sangat..yang penting ianya menggambarkan ke"korporat"an baju dan si pemakai..dan ianya mungkin akan menjadi baju rasmi PMS dan boleh digunakan dalam Majlis Perhimpunan Bulanan dan sebagainya.

Design perlu apa?

1. Simple
2. Menarik
3. Pemilihan dan Penggunaan warna yang sesuai
4. Kurang menggunakan font dan perkataan
5. Penggunaan warna yang tidak melebihi dari 3 warna

Bukan niat untuk mengajar..sebab sayangkan PMS laaa..gehtooo..Admin ingin memohon maaf seandainya tersilap kata, terkasar bahasa..

P/s: Design di atas hanya sebagai gambar hiasan sahaja..dan design itu tidak ada kena mengena dengan design semalam..design itu dibuat 6 tahun lepas masa Admin baru nak berjinak-jinak dengan dunia ADOBE PHOTOSHOP dan ADOBE ILLUSTRATOR..
Ranking: 5
 
© Blog Penjana Minda Strategik All Rights Reserved