PMS! Politeknik Muadzam Shah berwajah baru!

on Tuesday 28 June 2011

Politeknik Muadzam Shah memulakan operasinya di kampus utama secara rasminya pada bulan Disember 201..Aktiviti pertama yang dijalankan di kampus utama adalah Minggu Suai Kenal pelajar-pelajar baru PMS..Sebelum ke main title..apa kata kita imbas kembali Sejarah PMS di SINI!

Admin masih ingat lagi, library PMS pada ketika itu hanya mampu memuatkan lebih kurang 12-20 orang pelajar pada satu-satu masa..So, kalau masuk lebih daripada jumlah tu..pengguna-pengguna lain terpaksa berdiri sebab kerusi dan meja tak mencukupi..lagipun library kita pada masa tu “sangat besar”..tak cukup dengan itu pelajar-pelajar kita terpaksa bergilir-gilir menggunakan makmal dan bilik kuliah..sebagai contoh: Jika sekiranya Kelas A nak guna Makmal..maka Kelas B akan menggunakan bilik kuliah sebagai medium dan tempat belajar..kemudian begitulah sebaliknya..dan yang paling best..kita kini mampu mengadakan MajlisKonvokesyen di tempat sendiri (merujuk kepada Dewan Besar PMS).



Dan kini, dengan penambahbaikan serta perpindahan politeknik lama ke politeknik/ kampus baru..bukan sahaja staf yang mendapat manfaatnya..malah pelajar-pelajar kita kini sudah boleh berbangga dengan pengwujudan Politeknik terbesar di Malaysia ini..kalau dulu orang akan tanya:

Pak cik: “Adik belajar kat mana?”

Pelajar: “Saya belajar kat Politeknik Muadzam Shah pakcik”.

Pak cik: “Ooooo tempat yang dikelilingi hutan itu ke? Dengarnya menumpang kan?”

Pelajar: Mintak maaf yer pak cik, PMS sekarang ni dah tak menumpang dah. Hutan tetap hutan tapi PMS merupakan politeknik terbesar di Malaysia..ada gymnasium, swimming pool, masjid, library besar dan yang paling best, asrama pun selesa..siap ada padang, trek balapan dan macam-macam lagilah..upss terlebih sudaaaaa..

Pak cik: Yeke? Kalau macam tu pak cik nak hantar anak pak cik belajar kat PMS lah..nak suruh dia amik kursus apa tu..antonim ke apa tu..haaaa kursus automatic..eh bukan..automasi laaa.

Pelajar: Pak cik dah buat keputusan bijak






Ranking: 5
 
© Blog Penjana Minda Strategik All Rights Reserved