PMS! Tuntutan 10 Hari Berkursus

on Wednesday 8 June 2011

Tak sangka pula tahun ni admin dapat banyak sertai kursus..pada tahun lepas kerajaan aka Suruhanjaya Perkhidmatan Awam menetapkan 7 hari sebagai tempoh wajib berkursus..so tak kira pangkat, mana-mana orang yang bekerja dibawah Perkhidmatan Awam kene pegi kursus sebanyak 7 hari..tak kira lah nak kursus ape pon..tahun lepas admin punya kursus cukup-cukup makan jew..semuanya kursus dalaman..


Dan pada tahun ni, tempoh wajib berkursus itu telah dinaikkan ke 10 hari..pada mulanya admin rasa macam payah je nak penuhi tempoh 10 hari berkursus tu..atas sebab-sebab mengambil kira kursus pada tahun lepas yang hanya cukup-cukup makan..pada tahun ni, mak aiii..melebih-lebih pula kursus yang admin dapat..untuk tempoh Januari – Mei aku dah kumpul 14 hari berkursus..dan 20-21 Jun ni akan terlibat lagi dalam 1 kursus yang amat admin minati..maklumlah designer lah katakan..KURSUS ADOBE PHOTOSHOP..ingat sebut ADOBE tu mengikut sebutan PHONETIC yang betol tau..


Baru-baru ni, admin telah menghadiri dan menyertai 1 kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi..iaitu Kursus Network Sharing..sebenarnya tak perlu pon kursus ni diadakan tapi sebab ada peserta yang tak cukup 10 hari berkursus dan admin pula kene ganti bos (bos cuti) so terpaksa lah pegi jugak..pada mulanya admin menganggap tak perlu ke kursus tu..tapi bila dah berada dalam kursus tu nampaknya banyak benda yang kita tak tahu..dan sekarang Alhamdulillah dah banyak dah yang admin tahu..(This sentence has been removed by author)

Apa yang admin belajar?

- IP Address mengikut kelas yang betol (ingat bukan main hentam je letak IP yer)
- Teori Network Sharing 
- Amali 
- Sharing document mengikut IP dan banyak lagi (Mode: malas nak taip)


Oklah tak nak cakap banyak, korang tengok jela gambar ni yer..

Sesi Teori yang sangat membosankan dan membebankan kepala otak peserta
(Sori yer Mr. Mohd. Shariful Anuar..memain jew)

Peserta kursus yang sangat khusyuk (mode: padahal berborak sajorrr)

Sesi Amali yang di ketuai oleh Mr. Yazid gehtooo
(Dia paling sibuk dalam kursus ni, mengalahkan penceramah)

Binatang mende ni? Hahahahaha..inilah Switch yer kengkawan

Thanks to JTMK yer sebab anjurkan kursus yang sangat penting ni..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Blog Penjana Minda Strategik All Rights Reserved