PMS! Kejohanan Ping Pong Piala Timbalan Menteri 2011

on Wednesday 20 July 2011

 http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/211103_120996751265879_6520515_n.jpg

Enam puluh pasukan dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Ping Pong Piala Timbalan Menteri Pengajian Tinggi 2011 di Kompleks Belia dan Sukan Ipoh, Perak dari 20-24 Julai ini.

Pengarah Kolej Komuniti Teluk Intan yang juga Pengerusi Majlis Sukan Kolej Komuniti (MASKOM), Ishanuddin Hussin berkata objektif penganjuran kejohanan tersebut adalah untuk mencungkil bakat baru sukan ping pong daripada kalangan pelajar IPT seluruh negara.

"Edisi kejohanan kali ini dijangka lebih mencabar dan menarik apabila kita memberi kebenaran kepada pelajar antarabangsa untuk turut mengambil bahagian mewakili institusi masing-masing," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau menjangkakan sebahagian besar daripada atlet Ping Pong IPT yang beraksi pada Sukan Malaysia ke-14 di Kuala Lumpur baru-baru ini akan menyertai kejohanan tersebut.

"Kita juga akan menyediakan hadiah lumayan kepada pemenang iaitu RM2,500 bagi johan manakala juara bagi acara individu lelaki dan wanita masing-masing akan menerima wang tunai RM700," katanya.

P/s: Politeknik Muadzam Shah merupakan salah sebuah pasukan yang bertanding.

Sumber: ARENA





Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Blog Penjana Minda Strategik All Rights Reserved