PMS! Latihan Kumpulan Nasyid PMS!

on Sunday 17 July 2011


 Kumpulan nasyid PMS (macho tak) perghhhhh..ayat tak tahan tu...

Pada hujung minggu ini, akan diadakan pertandingan nasyid  peringkat politeknik seluruh Malaysia di Politeknik Merlimau, Melaka..dan malam tadi merupakan kali pertama team nasyid PMS berlatih pada minggu terakhir ini..semuanya atas sebab kekangan masa dan pelbagai masalah yang timbul untuk membentuk kumpulan nasyid ini..apa yang lebih mengecewakan, lagu nasyid yang dah siap beberapa bulan lepas hanya dapat dilaksanakan muzik “minus one” pada malam tadi..itupun baru sebuah lagu dapat disiapkan dalam keadaan yang sangat terburu-buru..

Diharapkan peserta nasyid pada kali ini akan memberikan kerjasama yang cukup dan lebih baik dari kumpulan nasyid tahun lepas bagi menghasilkan kumpulan nasyid yang lebih bermutu dan mampu menyanyikan lagu nasyid dengan penuh penghayatan..

Para peserta juga diharapkan untuk hadir ke sesi latihan pada masa dan waktu yang ditetapkan..tak perlu jurulatih yang menunggu anda..jangan anggap walaupun kamu semua lewat 15 minit-30minit..anda sebenarnya sudah kehilangan banyak step dan pembelajaran vocal, intonasi serta tempo lagu tersebut..

P/s: Team nasyid PMS masih lagi"shy shy cat" nak menyanyi..suara mahal sangat..nak tak nak je keluar..badan besar tapi alahai suara..kecik jew..bila nyanyi kuat sumbang pula..macam-macam hal..kene gali lagi yer (ayat Ogy)..


Ranking: 5
 
© Blog Penjana Minda Strategik All Rights Reserved