PMS! Majlis Perasmian Penutup Minggu Suai Kenal Sesi Jun 2011

on Friday 8 July 2011


Alhamdulillah..bertemu lagi dalam lembaran baru Blog Penjana Minda Strategik..oleh sebab gambar yang ada pada Admin agak terhad (amik guna kamera handphone sendiri)..so nampaknya Admin terpaksa “melompat” dari satu tajuk ke tajuk yang lain..so entri kali ini adalah mengenai Majlis Perasmian Penutup Minggu Suai Kenal Pelajar-pelajar Baru Sesi Jun 2011. Pada kali ini, majlis ini agak berbeza sedikit berbanding dengan mana-mana majlis yang sama sebelum ini. Hal ini kerana, majlis pada kali ini dihadiri oleh YB. Senator Dato’ Maznah binti Mazlan Timbalan Menteri merangkap ADUN Muadzam Shah yang bertindak sebagai perasmi penutup.


Seperti biasa, majlis dikendalikan oleh otai emcee kita En. Mohd. Zainal bin Mat Il..kemudian menjemput Ust. Mohd. Taha bin Rulam Ahmad untuk memimpn bacaan doa dan disusuli dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Pahang dan Lagu Politeknik..Wahhh, sangat bersemangat sekali para pelajar baru menyanyikan ketiga-tiga lagu..Sebelum itu, Admin ingin menarik sedikit perhatia pembaca dengan doa yang disampaikan oleh saudara Ust. Taha tadi..indah sangat kata-kata yang diungkapkan..begitu terkesan dihati..tapi sayang masa bacaan doa tadi Admin sempat mengerling kearah pelajar-pelajar yang lain..macam nak tak nak je menadah tangan memohon doa dan keampunan serta keredhaan ilahi.. 

Kemudian majlis disusuli dengan ucapan Yang Berbahagia Tn. Hj. Rosli bin Hamid, Pengarah Politeknik Muadzam Shah..ucapan yang bersahaja, penuh karisma dan padat dengan nasihat serta teguran membina khas untuk pelajar-pelajar..antara bait-bait kata Pengarah dalam ucap tamanya sebentar tadi..beliau memperihalkan mengenai: (ucap tama Pengarah akan di postkan tak lama lagi)

Setelah itu YB. Senator Dato’ Maznah binti Mazlan kemudiannya mengambil tempat untuk menyampaikan ucapan buat julung kalinya di Politeknik Muadzam Shah ini..banyak input-input yang menarik yang telah disampaikan oleh YB Dato’..antaranya meliputi sedikit Sejarah Muadzam Shah..

Sedikit sejarah Muadzam Shah:

As an introduction, Muadzam Shah was formerly a forest area and from there the early settlers began planning to develop the Muadzam Shah to become a town located in the district of Rompin, Pahang. It opened in 1979 by the Pahang Tenggara Development Authority (DARA). Muadzam Shah also known as the city education this is because Muadzam Shah has complete educational facilities.

In 1973, a research of the "Foundation of Canada Engineering" (Fenco) has created the idea of creating the Pahang Tenggara region and in that research Muadzam Shah are among 36 cities chosen to be developed under the administration of Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) and after 25 years, Muadzam Shah has now been placed under the administration of local government that is Rompin District since DARA are dissolved.

Now the development at Muadzam Shah Muadzam Shah has been evidenced by the growing population is a result of the introduction of public and private sectors in Muadzam Shah. Now there are many infrastrukrur in Muadzam Shah such as Hospital, Boarding Schools, University, Recreational Area, Muadzam Shah is also actively developing a satellite town project that will make Muadzam Shah as a developing town more than now.

Banyak lagi pengalaman yang dikongsikan kepada para pelajar dan kakitangan PMS..bukan itu sahaja malah YB Dato’ juga menyampaikan sedikit pesanan dan amanat mengenai peranan besar yang harus dipikul oleh pelajar untuk merealisasikan wawasan Negara..kalau anda perasan YB. Dato’ pandai jugak yer berseloroh..hahaha..pelajar-pelajar yang dah terlentok kemas dibahu kengkawan sambil dihiasi secalit air di pipi terkejut dengan sorak dan gelak tawa pelajar lain..ucapan YB Dato diakhiri dengan harapan dan nasihat agar para pelajar PMS akan menggunakan peluang belajar di PMS sebaik mungkin..kerana satunya, para pelajar perlu ingat..anda adalah harapan ibu bapa..jangan sia-siakan peluang yang ada..YB Dato juga menyampaikan penghargaan dan selamat datangnya kepada semua hadirin walaupun ada diantara kami di sini sudah 7-8 tahun berkhidmat di PMS..kemudian ucapannya diakhiri dengan perasmian penutup Minggu Suai Kenal Sesi Jun 2011.


YB Dato juga berkesempatan untuk menyampaikan hadiah kemenangan kepada para pelajar baru yang menyertai X-Polyrace pada petang semalam.. Tahniah kepada para pemenang..Majlis kemudiannya diakhiri dengan pantun dari otai emcee kita En. Mohd. Zainal bin Mat Il yang kemudiannya mendapat tepukan penghargaan dari YB. Dato..

Oklah sekian sahaja coretan Majlis Perasmian Penutup MSK sesi Jun 2011..Sebelum itu, bagi pihak semua Ahli Jawatankuasa mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam melaksanakan program ini dari awal (Pendaftaran Pelajar) hinggalah ke acara kemuncaknya hari ini.

P/s: Gambar akan di update kemudian dengan gambar yang lebih jelas dan comei..ngeee
Ranking: 5
 
© Blog Penjana Minda Strategik All Rights Reserved