PMS! Pelajar UMT persenda Lagu Negaraku di Facebook

on Friday 15 July 2011

[image%255B11%255D.png]

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang pelajar UMT mengubah lirik lagu Negaraku, menghina Raja dan juga Perdana Menteri di dalam laman sosial Facebooknya.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Prof Dr Yahaya Ibrahim, berkata laporan itu dibuat oleh pendaftar UMT di Balai Polis Gong Badak semalam."Kita serah kepada polis untuk membuat siasatan berhubung perkara itu. Sehingga kini kita tidak tahu sama ada dia mahasiwa UMT atau sudah tamat pengajiannya ataupun orang luar yang menyamar. 

"Kita sedar perkara ini semalam dan terus buat laporan polis. Hari ini pendaftar UMT akan memberi keterangan lagi kepada polis berhubung perkara itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Simposium Tahunan UMT yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT Prof Dr Noor Azhar Mohamed Shazili.

Dr Yahaya berkata, penuntut terbabit yang menggunakan nama Mohd Farizal dalam statusnya, mengubah lirik lagu kebangsaan dengan mencerca, mempersendakan lagu negara, Raja Melayu dan juga Perdana Menteri. Beliau menyifatkan perkara itu sangat serius dan akan bertindak tegas sekiranya terbukti dia adalah mahasiswa UMT.

"Setelah siasatan polis dan jika benar dia pelajar UMT, kita akan serahkan perkara ini kepada Lembaga Disiplin UMT dengan segera untuk diambil tindakan kerana perkara ini (menghina) sangat serius.

"Seseorang pelajar tidak seharusnya membabitkan diri dalam perkara sedemikian. Dia sepatutnya menumpukan perhatian kepada pelajaran dan tidak pada yang lain," katanya.

Kementerian siasat perbuatan persenda Negaraku

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan membuat siasatan terperinci mengenai laporan bahawa seorang mahasiswa universiti tempatan mempersendakan lagu kebangasaan, Negaraku, melalui YouTube.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata siasatan itu adalah bagi menentukan sama ada berlaku kesalahan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Kita sedang susul perkara ini sebab banyak gara-gara sekarang orang tidak cukup mendengar lagu pop...mereka nak 'mempopkan' lagu Negaraku," katanya

Rais berkata, antara yang akan disiasat ialah siapa yang bertanggungjawab melakukan perbuatan itu dan bagaimana senikata lagu kebangsaan itu diubah .

Kredit Gambar: Bila Tergigit Halia



Ranking: 5
 
© Blog Penjana Minda Strategik All Rights Reserved