PMS!Seramai 41,267 calon ditawarkan tempat di IPTA

on Friday 15 July 2011

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgOROcaJry7xKL63AhpGv41RjH1-wglG0sXqIly-_dZaWIayABWUvGrAnv26Mu9zxBObCrEM-rj1ZMDytKM9HO17Tj4Msf640QF01x-yU2dFc3TQEoGo7E86w_f6N1-mX8I0m71CL6IfKU/s1600/universiti.jpg 

Seramai 41,267 calon ditawarkan tempat untuk mengikuti Program Ijazah Pertama bagi sesi akademik 2011/2012 di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), kata Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Prof Dr Rujhan Mustafa.

Beliau berkata, jumlah calon yang berjaya mendapat tempat ke IPTA itu adalah daripada 64,703 calon yang memohon dan daripada 53,216 calon yang layak iaitu peningkatan sebanyak 1.9 peratus berbanding sesi akademik 2010/2011 sebanyak 40,506 calon.

Seperti tahun sebelumnya, bilangan pelajar perempuan mengatasi bilangan pelajar lelaki, di mana 27,001 calon perempuan iaitu 65.4 peratus berjaya mendapat tempat di IPTA, berbanding 14,266 atau 34.6 peratus pelajar lelaki, kata Dr Rujhan.

"Dari segi calon yang ditawarkan tempat mengikut kaum, seramai 29,838 daripada 39,998 calon atau 74.6 peratus adalah bumiputera, 9,457 daripada 10,677 calon atau 88.6 peratus adalah Cina, 1,511 daripada 1,813 calon atau 83.3 peratus India dan 461 daripada 728 calon atau 63.3 peratus dari kaum-kaum lain.

"Dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Matrikulasi/Setaraf (Ijazah Pertama) adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum untuk menentukan nilai merit seseorang calon,” katanya pada sidang media di sini hari ini.


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Blog Penjana Minda Strategik All Rights Reserved