Betol-betol Sedih! Awal-awal pagi dah buat aku menangis!

on Sunday 21 August 2011

Macam biasalah aku kalau pagi-pagi akan berblogwalking dulu..nak mencari idea nak buat entri kat blog..kemudian terpandang sesuatu..aku terkilan, kecewa, marah, geram, nak je aku luahkan kata-kata paling DURJANA kepada mereka yang melakukan perkara ini..nasib baik puasa dapatlah aku control sikit kemarahan ku..namun begitu..aku tak mampu untuk menahan airmata dari keluar tatkala melihat gambar-gambar bayi dibuang..aku tak boleh nak bayangkan seandainya bayi itu masi hidup dan dibuang ke dalam air..bagaimana agaknya dia nak bernafas untuk mendapatkan udara? walhal dia tidak mengetahui yang dia akan lemas sebentar lagi..

Apa agaknya yang kita akan rasa apabila bayi ini dibuang dilongkang, di sungai, dan di mana sahaja..tidak kah mereka sakit? bagaimana pula kalau sekiranya bayi itu masih hidup sewaktu dibuang? Semut kemudian menghurunginya kemudian mengigit dan binatang buas yang datang mengigit tangan, badannya? tidakkah korang rasa akan kesakitannya? Ya Allah...terasa pilu hati ini memandang bayi yang tak berdosa diperlakukan sedemikian rupa..

Kredit pic: MACAM INILAH KITA



















 

P/s: Awal-awal pagi lagi dah wat aku menitiskan airmata..emosi aku pagi ni melihat bayi yang tak berdosa ini..comel-comel pula tu..baik bagi aku je..aku jaga..sungguh kejam dan layak dipanggil binatang bagi yang melakukan kerja terkutuk ini..sudah terlanjur (satu dosa) buang bayi pula (lagi berdosa) pastu bayi tu meninggal (lagilah berdosa)... 


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Blog Penjana Minda Strategik All Rights Reserved