Dalam dunia yang serba mencabar sekarang ini
sudah tentunya amat sukar bagi kita yang hanya tahu dan pakar dalam satu bidang
sahaja..sebagai contoh..pelajar mahu pun pensyarah dan tidak lupa juga kepada
staff pelaksana sudah seharusnya sentiasa cuba untuk mempelajari sesuatu (ilmu) yang baru agar tidak ketinggalan dalam
sesuatu bidang..Pensyarah? Bila sebut mengenai pensyarah atau cikgu seharusnya
sentiasa cuba untuk memperbaiki mutu pengajaran..menjadi pendidik bukan suatu
perkara yang mudah..banyak perkara yang harus diambil kira..bukan sekadar
mengajar tanpa mengambil kira para pelajar faham atau tidak apa yang
diajar..menyediakan bahan pengajaran berbentuk interaktif merupakan satu benda
yang sangat digalakkan dan diperlukan..kalau dulu, cikgu atau pensyarah
menggunakan buku rujukan sebagai bahan wajib dan asas untuk dijadikan panduan
untuk mengajar..kini, mereka (pensyarah/ pendidik) sudah seharusnya cuba untuk
mempertingkatkan kaedah pengajaran dari buku rujukan kepada powerpoint dan kini
menggunakan medium yang lebih berinteraktif sebagai salah satu usaha untuk
mempelbagaikan teknik pengajaran..
Manusia (murid dan pelajar) kini sudah semakin
bijak untuk menilai akan sesuatu perkara..cakap sahaja mengenai Website, Flash,
Photoshop, networking dan macam-macam lagi..dah ada macam-macam kat kepala dan
tak sabar-sabar nak realisasikan dalam bentuk assignment..Cuma kita agak kurang
pakar dari segi itu..kalau berjaya kuasai akan kepakaran itu belum tentu
pelajar mampu untuk kuasai ilmu itu..oleh itu..di sinilah pentingnya inovasi
agar amalan-amalan sedia ada seperti nota berbentuk POWERPOINT diubah kepada
pengajaran yang lebih berinteraktif yang lebih canggih dan mudah difahami..
Staf pelaksana juga tidak terkecuali daripada
perkara ini..banyak benda yang kita masih mampu lakukan walaupun kita tidak
termasuk dalam golongan pendidik yang sentiasa berhadapan dengan para
pelajar..kita masih mampu untuk menjadi salah seorang daripada AJK Laporan
Tahunan, Buletin PMS, AJK Laman Web PMS (jika ada) dan sebagainya..semuanya
bertujuan agar kakitangan pelaksana tidak ketinggalan dari segi kemahiran
IT..jangan segan-segan nak belajar dari orang yang lebih arif mengenai
bidang-bidang berkaitan..dengan kehidupan yang dikelilingi dengan suasana
pendidikan sudah tentunya berhadapan dengan pelbagai jenis karenah
pelajar..cuba anda fikirkan..seorang pelajar bertemu dengan anda dan
bertanyakan satu soalan..adakah kita perlu menjawab TAK TAHU atau sila jumpa
dengan pensyarah (agak kasar kan)..tak pasal-pasal student tu kata..”Ini makan
dia…”..Berbeza dengan situasi kita yang berinovasi..sudah tentu boleh menjawab
soalan itu dengan lebih tertib dan disenangi pelajar..
P/s: Belajarlah
pelbagai ilmu dan cuba untuk kuasainya sedapat yang mungkin..InsyaAllah kita
mampu mengubahnya..nak seribu daya, tak nak memang berjuta-juta dalih..sampai
bila kita nak jadi manusia yang suka berdalih..
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment