Sejajar
dengan transformasi kearah ekonomi yang dipacu inovasi, Politeknik Muadzam Shah
memainkan peranan yang penting melahirkan modal insan berkualiti dalam bidang
Kejuruteraan, Reakbentuk, Teknologi Maklumat, Perdagangan dan Hospitaliti bagi
memenuhi keperluan industri di negara ini yang semakin berkembang pesat.
Sehubungan
dengan itu, Politeknik Muadzam Shah menggalas satu tanggungjawab yang berat
dengan menawarkan program-program yang boleh dianggap sebagai ‘Market Value’
dengan memberi penekanan kepada aspek pemikiran kreatif serta kemahiran
penyelidikan kepada pelajar-pelajarnya.
Diantara program-program yang disediakan di
Politeknik Muadzam Shah adalah seperti berikut:
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Pembuatan Automotif)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Produk)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automasi)
Jabatan Perdagangan
- Diploma Pengajian Perniagaan
- Diploma Akauntansi
Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
- Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)
- Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian)
Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual
- Diploma Rekabentuk Grafik
Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti
- Diploma Pengurusan Pelancongan
Program-program
yang disediakan di Politeknik Muadzam Shah menjurus kepada menyediakan tenaga
manusia dalam sektor-sektor yang ditetapkan dalam 12 Bidang Ekonomi Utama
Negara (NKEA) bagi meningkatkan lagi daya saing negara di peringkat
antarabangsa. Dalam pada itu, pihak pengurusan Politeknik Muadzam Shah juga
sentiasa melibatkan pelajar di dalam aktiviti-aktiviti pelajar dan melaksanakan
latihan industri di syarikat atau firma supaya mereka juga mendapat pengalaman
di industri.
Jesteru itu,
Malaysia yang kini menuju kearah negara maju dan berpendapatan tinggi
memerlukan tenaga kerja mahir dan Politeknik Muadzam Shah adalah tempat untuk
menimba kemahiran yang telah dinyatakan. Pihak Kerajaan juga telah meletakkan
harapan yang begitu tinggi terhadap Politeknik untuk berdaya saing sehingga kita
memperolehi status sebagai Politeknik Universiti.
Satu lagi ‘quick wins’ yang menjadi asas kepada
transformasi bagi fasa pertama ialah pengwujudan bidang tujahan. Bagi
Politeknik Muadzam Shah, bidang tujahan yang dikenalpasti ialah bidang
Kejuruteraan Mekanikal (Automasi) yang mana program ini hanya ditawarkan di
Politeknik Muadzam Shah sahaja.
Akhir kata
marilah kita bersama-sama bertindak untuk menjadikan bidang tersebut sebagai
pusat rujukan kecemerlangan ‘teaching
& learning’, peneraju dalam kolaborasi dengan industry, penyelidikan
dan penerbitan seterusnya menjadi “Center
of Technology” yang mana kita menjadi pakar rujuk dalam bidang tujahan ini.
SUMBER: Blog Unit HEP
SUMBER: Blog Unit HEP
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment