PMS! AKtiviti-aktiviti menarik sepanjang Julai-September (Khas Untuk Pelajar)

on Wednesday 6 July 2011

Gambar Festival Kesenian

Kepada semua pelajar Politeknik Muadzam Shah..disepanjang bulan Julai-September 2011 akan diadakan beberapa buah acara yang akan disertai oleh pasukan Politeknik Muadzam Shah..antaranya adalah Pertandingan Nasyid di Politeknik Merlimau, Melaka (Julai) dan di Terengganu pada September nanti..Selain itu, akan diadakan juga Pertandingan Lagu-lagu Rakyat yang akan dikelolakan oleh Politeknik Ungku Omar pada bulan ini (Julai)..Untuk itu, kerjasama dan pembabitan pelajar adalah amat diperlukan.

Gambar Festival Kesenian

Anda (pelajar politeknik) amat digalakkan untuk menyertai aktiviti-aktiviti seperti ini..sehubungan dengan itu..*kami akan mengadakan beberapa siri ujibakat dan pertandingan peringkat Politeknik..ianya bertujuan untuk mencari bakat-bakat baru dan pelapis agar Politeknik Muadzam Shah tidak akan ketandusan pelajar berbakat dalam bidang seni kreatif dan kebudayaan..pihak yang terlibat akan mengadakan sesi ujibakat disamping pertandingan peringkat politeknik untuk mencari bakat-bakat baru yang akan mewakili pasukan Politeknik Muadzam Shah nanti..
Gambar Polytechnic Idol

Bukan itu sahaja, malah anda (pelajar) juga akan bertanding dengan Politeknik diseluruh Malaysia..anda akan membawa nama PMS..apa yang anda perlu buat hanyalah buktikan yang anda juga mampu bertanding dengan mana-mana politeknik yang jauh lebih hebat dari kita..Buat pengetahuan pembaca sekalian..bukan hanya pertandingan dari segi nyanyian sahaja yang akan diadakan malah pertandingan berpuisi dalam Bahasa Inggeris)Tilawah Al-Quran, Azan dan pelbagai lagi pertandingan bakal dijalankan.

P/s: *Kami - Jabatan Pengajian Am dengan kerjasama Azri Abd Rajid (Unit Perpustakaan)
Ranking: 5
 
© Blog Penjana Minda Strategik All Rights Reserved