PMS! Meriahnya PMS

on Wednesday 6 July 2011

http://unittrust-consultant.com/wp-content/uploads/2011/03/topi-graduan.jpg

Entri ini bukan nak menunjukkan kemeriahan PMS dari segi pergaulan atau permuafakatan yang ditunjukkan di Politeknik Muadzam Shah tapi ianya lebih kepada kursus pengajian yang ditawarkan di PMS.. kalau dulu PMS hanya menawarkan 2 buah kursus pengajian sahaja iaitu Sijil Pengajian Perniagaan dan Sijil Teknologi Maklumat..kemudian ianya berterusan dalam peringkat Diploma..

Kalau tak silap Admin, PMS mengambil pelajar Diploma pertamanya adalah pada Julai 2010.. dan kini pada bulan Julai 2011 untuk pengambilan sesi Jun 2011..PMS kini menawarkan lebih daripada 10 jenis kursus pengajian di peringkat Diploma..antaranya adalah:-

Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual

DRG - Diploma Rekabentuk Grafik
DMC - Diploma Media Cetak

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

DRA - Diploma Rekabentuk Automotif
DMA - Diploma Mekanikal Automasi
DRP – Diploma Rekabentuk Produk

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

DIP - Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)
DNS - Diploma Teknologi Mklumat (Rangkaian)
QIP - Diploma Teknologi Mklumat (Integrasi)

Jabatan Perdagangan

DPM - Diploma Pengajian Perniagaan
DAT - Diploma Akauntasi
QPM - Diploma Integrasi Pengajian Perniagaan (Sem 3)
PPM - Diploma Pengajian Perniagaan (Sem 5)

Jabatan Hospitaliti dan Pelancongan

DUP - Diploma Pelancongan

Wah..nampaknya kalau dulu para pensyarah terikat kepada 2 kursus pengajian sahaja..kini mereka boleh menarik nafas lega apabila kursus yang sepatutnya mereka ajar kini sudah mula ditawarkan di Politeknik Muadzam Shah..dan pelajar-pelajar juga mempunyai lebih banyak pilihan berbanding dahulu..difahamkan itu pun kalau Admin tak silap, kursus pengajian yang ditawarkan di PMS akan ditambah pada semester baru yang akan datang..apapun kita tunggu dan lihat..semoga Politeknik Muadzam Shah akan menjadi politeknik unggul suatu masa nanti..Admin memohon maaf seandainya ada tersalah fakta..minta diperbetulkan diruangan komen..ok..
Ranking: 5
 
© Blog Penjana Minda Strategik All Rights Reserved