PMS! Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Pembuatan Automotif)

on Tuesday 4 October 2011

Automotif merangkumi apa-apa bidang yang berkaitan dengan kenderaan bermotor dan ia merupakan sektor ekonomi terpenting dalam hasil pendapatan negara. Industri automotif dijangka mengalami pertumbuhan sihat pada tahun ini. Jesteru itu, Politeknik Muadzam Shah dibawah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal menawarkan program Rekabentuk Pembuatan Automotif bagi menampung keperluan tenaga kerja di dalam bidang rekabentuk automotif di negara kita. Satu-satunya politeknik yang menawarkan program ini di Malaysia, kurikulumnya direkabentuk untuk memenuhi permintaan daripada pihak industri pembuatan kereta dan sokongannya agar mampu memenuhi permintaan kenderaan yang semakin tinggi dari masa ke semasa di negara kita. Oleh itu pelajar didedahkan dengan konsep rekabentuk keseluruhan sesebuah kereta. Program ini juga telah mendapat pengiktirafan dan kerjasama daripada pihak Proton Malaysia.
Ranking: 5
 
© Blog Penjana Minda Strategik All Rights Reserved